Halaman

Isnin, Jun 11, 2012

SIN CHEW DAILY AKUI ANUWAR KAKI PENIPU!!!


Akhbar terkemuka Cina Sinchew  Daily News dalam keluaran 8 Jun telah menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana mengambil langkah membekukan pinjaman PTPTN.

Kononnya, menurut mereka tindakan tersebut berhasrat untuk mencari keuntungan politik tetapi akhirnya memakan diri. Baca apa katanya:
Seramai 1000 pelajar baru mula kemasukan belajar pada bulan April tidak dapat pinjaman, mereka bukan sahaja tidak dapat bayar yuran sekolah mereka, wang sara hidup mereka juga hadapi masalah, adakah ini yang disebut di bibir ahli-ahli politik rakyat diutamakan?

Sebelum ini, pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim secara terbuka meyeru kepada pemimjam PTPTN tidak perlu bayar kembali wang pinjaman mereka.

Sedangkan Pakatan Rakyat masih belum memerintah dan Anwar Ibrahim masih belum lagi menjadi perdana menteri, pelajar ada hak apa untuk tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN?

Ini bermakna Anwar Ibrahim mahu peminjam pecah kontrak mereka, ini juga telah melibatkan pihak perdagangan dan pihak bank tidak yakin terhadap Pakatan Rakyat.

Namun begitu pihak kementerian pengajian tinggi bagi mahu membuktikan bahwa Pakatan Rakyat tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat di bawah negeri pemerintahan mereka, kementerian pengajian tinggi bekukan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar baru UNISEL, yang menyebabkan berlakunya emosi.

Anwar Ibrahim selalu celupar mulut dan berbohong, kesilapan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, tidak sepatutnya dilepaskan kepada seribu orang pelajar-pelajar ini.

Dimana kementerian pengajian tinggit tidak dapat kenal pasti adakah pelajar-pelajar ini penyokong Anwar Ibrahim dalam isu percuma pendidikan pengajian tinggi, walaupun mereka ini penyokong Anwar Ibrahim sekalipun, pihak kementerian pengajian tinggi tidak boleh menghukum pelajar-pelajar itu sedemikian, ini adalah menyalahi semangat demokrasi.

Langkah yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi akan berlaku kesan-kesan negatif, kerana ibu bapa pelajar-pelajar ini tidak akan anggap Anwar Ibrahim yang menyebabkan mereka tidak dapat pinjaman, sebaliknya mereka akan menuduh pihak kerajaan, dengan itu parti pembangkang akan dapat kesempatan ambil peluang itu untuk menghentam BN.

Sekarang ini universiti kerajaan negeri Selangor (UNISEL) telah dibekukan pinjamannya, adakah ia akan melarat ke negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Contohnya kolej universiti Islam Selangor dan Universiti Insaniah Kedah.

Mereka pergunakan pelajar sebagai modal politik, ini adalah salah besar, ini seperti rakyat negeri Selangor menjadi mangsa kepada perbalahan politik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Catitan: Mungkin kerana itulah Kerajaan Persekutuan telah mencairkan pembekuan atas suatu langkah yang terburu. Mula-mula nampak untung tapi kemudian terasa rugi. Pemuda UMNO benar dalam meminta dibatalkan pembekuan. - Sumber
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.