Halaman

Sabtu, Jun 16, 2012

PAS HALANG BINA SEKOLAH AGAMA RAKYAT???


Kalau baca tajuk tu, memang nampak sangat tak logiknya. Sebab selama ini PAS mengagungkan diri mereka sebagai pejuang - pejuang Islam.

Malah mereka sering mendabik dada mengatakan perjuangan mereka adalah untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia ni. Jadi, macam mana pulak perkara diatas boleh berlaku?

Inilah hakikat sebenarnya. Puak - puak PAS ni hanya mempergunakan agama sebagai alat dalam melaksanakan agenda mereka memecah belahkan orang Melayu.

Tujuan mereka hanya untuk berkuasa. Itu sahaja. Bukannya diorang ada tujuan lain. Kalau betul la diorang nak memperjuangkan Islam, dah lama dah Malaysia ni berubah.

Dah lama dah diorang ni diterima masyarakat Melayu yang majoritinya Islam. Tetapi, disebabkan tujuan mereka bukan ke arah itu, maka sebab itu mereka GAGAL sepenuhnya.

Jadi, jangan pelik la dengan perangai terkini puak - puak PAS ni. Demi nak mendapat kuasa, apa sahaja akan mereka tolak. Hari ni, mereka bantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Entah esok lusa, mereka robohkan surau dan masjid pulak!!! Bukannya boleh percaya diorang ni!!!
Sebelum ini umat Islam di Taman Desa Aman langsung tidak mempercayai bahawa PAS Gopeng bersama Lee Boon Chye sedang menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman.

Hari ini memang jelas kata seorang penduduk Taman Desa Aman Pas merupakan parti ajaran sesat kerana mereka sanggup bersama-sama dengan kafir harbi cuba mengganggu majlis dialog dan ramah mesra bersama Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman yang dianjurkan oleh penduduk Taman Desa Aman. Tujuan majlis dialog ini adalah untuk memberi ruang kepada penduduk bagi menyuarakan rasa tidakpuashati mereka kerana Sekolah Agama Rakyat ini dibangunkan. 

Sebelum ini Pas Gopeng yang diwakili oleh Radhi Zainon telah mempertikaikan kenapa harus Sekolah Agama Rakyat ini dibangunkan di taman Desa Aman kerana ini mengganggu penduduk kaum cina untuk beriadah. 

Pas Gopeng juga menuduh Sekolah Agama Rakyat adalah haram kerana dibina tanpa kelulusan Majlis Agama Islam Perak(MAIP) dan Pejabat tanah. Tetapi pada hari ini ternyata semua kelulusan telah pun diberi apabila wakil daripada pejabat Tanah dan MAIS sendiri memberikan penjelasan. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. OK. Ini adalah salah faham. Penduduk marah kerana membuat benaan di padang mereka.
    1. Kerana tiada papan tanda yang mengatakan hendak membena sekolah agama.
    2. Pembenaan di kawasan terbuka dan terdedah. tiada ciri-ciri keselamatan. Kerana hampir sangat dengat rumah.
    3. Memo bantahan itu membantan Binaan di padang. bukannya MEMBANTAH PEMBENAAN SEKOLAH AGAMA.

    Kalau mereka tahu tempat tau nak buat sekolah agama, mesti diorang tak kisah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.