Uik!!! Ini apa cerita pulak ni? Milik siapa pulak banglo ni? Adakah cerita ni ada kena mengena dengan pemimpin yang berasal dari Sarawak? Meh baca apa ceritanya...
Bayangkan senario ini: Anda seorang polis berumur hampir 30 tahun, ketinggian 183 sentimeter, berwajah kebudak-budakan dan iras wajah lembut. Anda masih bujang, pemalu dan boleh pengsan jika melihat darah.Anda sedang berbaring di tingkat atas katil dua tingkat yang sempit di dalam sebuah kereta api dari Nagasaki, Jepun menuju ke Tokyo.
Sekitar pukul 1:00 tengah malam, tiba-tiba muncul seorang penumpang wanita dalam lingkungan umur awal 20-an dan memakai skirt berwarna biru. Walaupun tidaklah secantik bidadari, dia tetap comel.Bayangkan juga bahawa apabila anda bangun pada sebelah pagi, kereta api sudah sampai di stesen Toyohashi dan wanita berkenaan yang pada malam tadi “bergerak sepantas kucing” sudah tidak kelihatan. Lebih membingungkan apabila pemeriksa tiket mengesahkan bahawa memang tidak ada penumpang di tempat duduk bawah itu.Demikian bahagian prolog “Misteri Banglo Kucing” (2011) iaitu novel misteri ketiga karya pengarang Jepun, Jiro Akagawa yang menampilkan seekor kucing triwarna yang membantu pegawai polis tadi – Yoshitaro Katayama – menyelesaikan pelbagai kes penuh misteri.Novel pertama dalam siri ini, “Pembunuhan di Universiti Hagoromo” (2010) telah saya baca apabila menerimanya sebagai hadiah daripada penerbit sempena Pesta Buku Negeri Selangor pada 4 Julai 2010. Kehebatan kisah penyiasatan penuh misteri berterusan dalam buku kedua berjudul “Misteri Pembunuhan Sawako” (2011).Katayama ditampilkan sebagai seorang peminat novel penyiasatan dan pemuda itu cuba mengaplikasi minat berkenaan dalam penyiasatan pelbagai kes.
Wira (atau wirawati) sebenar adalah Homuzu, seekor kucing betina triwarna di mana hampir kesemua bahagian belakangnya berwarna perang dan hitam; perutnya putih; manakala kaki kanan depannya berwarna hitam tetapi kaki kirinya berwarna putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.