Anak Kelahiran Jerman. Mungkin itulah diantara sebab kenapa Si Maya Karin ni sanggup pergi ke Poland untuk menyaksikan perlawanan Euro 2012 ni.
Dengan adanya awek yang cun macam ni, tak heran la kenapa Belanda pun kalah. Maklum la, orang dari Malaysia pun sanggup 'Balik Kampung' nak sokong team Negara kelahiran, memang gempak la. Hehehe...
Pada Khamis lalu, Maya Karin telah memuat naik dua keping gambar dia sedang menonton EURO 2012.
Namun, ia bukan di rumah mahupun di kedai mamak berskrin besar bersama rakan-rakan.
Sebaliknya, dia kelihatan ayu memakai jersi Jerman bersama ribuan penonton di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine.
“Best dapat sokong satu daripada dua negaraku semalam!,” jelas Maya menerusi laman sosial twitternya.
Ini kerana Maya dilahirkan di Jerman dan bapanya, Gottfried Roelcke juga berbangsa Jerman. Mungkin ini yang membuat dia merasakan Jerman dekat di hati.
Nampaknya Maya sanggup berbelanja ke Ukraine untuk menonton perlawanan pasukan kegemarannya itu. Tapi, Maya pergi bersama siapa?
Ramai peminat yang cemburu melihat gambar Maya menyaksikan perlawanan secara langsung bersama ribuan penonton di dalam stadium tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.