Halaman

Isnin, Jun 11, 2012

RAFIZI JAMBU MENGGELUPOR DESAK KHALED MINTAK MAAF!!!


Hehehe... Tau pulak Si Rafizi Jambu ni menggelupor nak suruh orang mintak maaf ye? Kenapa pulak dia beria - ia sangat ni? Bukan ke dia jugak yang nak PTPTN dihapuskan dulu?

Kalau tengok gaya dia masa dalam debat dengan YB Khairy tempoh hari, bukan main lagi. Siap main nama bapak orang pulak. Punya la nak sangat PTPTN ni dihapuskan.

Sekarang, baru PTPTN tu dibekukan, dia dah mula melenting tak tentu arah. Mula nak salahkan orang lain pulak, apa pasal? Dah songeh la tu!!!

Ya!!! Memang Si Rafizi Jambu ni dah songeh sebenarnya. Dia dah malu dan tak tau mana nak sorok muka dia dalam isu berkaitan dengan PTPTN ni.

Itu pasal la dia beria - ia desak supaya Datuk Khaled Nordin memohon maaf secara terbuka kepada pelajar diatas ketelanjuran yang telah dibuat sebelum ini.
"Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno.
"Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya.
Hakikatnya, bukan Datuk Khaled yang tersalah langkah. Sebaliknya, puak - puak Pakatan tu yang tersalah langkah. Dulu mereka jugak yang berjalan mendongak ke langit.

Dengan langkah sombong dan angkuh, sekarang dah masuk ke longkang. Bila semua orang tengok, dia mula la rasa malu yang terlampau.

Baru diberi ujian seperti ini, pun dah tak mampu nak tunaikan janji yang dibuat. Jadi macam mana diorang nak laksanakan janji tu kalau diberi kuasa memerintah kelak?

Nampak sangat la diorang ni setakat tau bercakap je. Tabur janji pun macam tabur dedak. Tapi bila suruh dilaksanakan, satu hapah pun tak mampu diorang nak buat!!!

Yang Si Rafizi Jambu tu pulak, sesak suruh orang mintak maaf. Yang dia bila lagi? Apa yang dia buat sebelum ini lagi teruk sebab dia sebarkan fitnah terhadap Kak Ijat. Yang tu dia tak nak mintak maaf pulak ke!!! Kalau dasar penipu tu, penipu la jugak!!!

4 ulasan:

  1. Tindakan "mengacah" tidak membayar elaun PTPTN kepada pelajar tidak patut dilakukan, saya setuju dgn pendekatan YB KJ... jgn kita libatkan pelajar yg tidak bersalah/berdosa... lagipun, pelajar dah sign agreement dgb pihak PTPTN... dgn "mengacah" tidak membayar, maka ramai lah nanti peguam2 "bertamadun" dari Majlis Peguam Negara yg akan racun pelajar2 ni utk saman....

    biar kita berhemah + ikhlas nak tolong pelajar, nita kita akan dihargai....

    BalasPadam
  2. pelajar tak terjejas. Yg sah terjejas pembangkang sbb 'melompat'. kantoi.

    BalasPadam
  3. Ohh... kerajaan mengacah nak bekukan PTPTN tak boleh... yg para pelajar dah pulun duit PTPTN pastu ugut tak mau bayar balik boleh pulak? pelajar yg tak berdosa konon... ingat budak tadika ke???

    BalasPadam
  4. Bagus sekali kena acah.
    Kalau PR bagus sangat, 15 Juta bukan nyer banyak sangat. CElah gigi aje. Kalau PR nak belanja untuk hadapi Pilihanraya boleh belanja sebanyak 12 Juta, kenapa tak boleh belanja 15 Juta untuk 1000 orang pelajar.

    DAn lagi bahlol, KEnapa PR tak benarkan aja 1000 pelajar tu masuk belajar tanpa syarat?

    Takkan tu pun tak leh fikir.. Tu menunjukkan pemimpin PR memang SAHHH LEMBAP sama mcm NUAR BERAHIM LEMBAP kah kah kah.. Khalid Ibrahim Lembap dan gagap kah kah kah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.