Halaman

Isnin, Jun 11, 2012

APA YANG DAH JADI DI SABAH???


Jam sekarang sudah lebih dari pukul 12 tengahari. Bermakna, sudah 6 jam sejak artikel terakhir yang Semut tulis semalam berkaitan dengan perkembangan terkini di Sabah.

Sebelum ini, portal Pro Pakatan Pembangkang melaporkan bahawa ada beberapa orang pemimpin utama Barisan Nasional Sabah akan keluar parti dan sertai PKR.

Perkara tersebut juga turut dimaklumkan oleh Si Ketua Penipu tu sama ada didalam ceramah atau didalam blog dia sebelum ini. 

Malah sewaktu sidang media di Kota Kinabalu juga, dia turut memberikan gambaran yang sama iaitu ada pemimpin BN yang akan keluar parti.

Tapi sehingga kini, masih tidak ada sebarang makluman menerusi laman - laman Portal mereka. Baik dari Malaysian Insider mahupun Merosakini.

Jadi, persoalannya, apa sudah jadi di Sabah? Adakah mereka yang dinamakan sebelum ini benar - benar telah keluar parti?

Atau, adakah ini satu lagi agenda Pakatan Pembangkang yang menembak diri mereka sendiri seperti yang berlaku pada 16 September yang lalu?

Satu dunia tahu penipuan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu pada hari tersebut dimana dia juga turut menyatakan bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan keluar parti.

Tetapi, apabila tiba tarikh yang disebut, tidak ada seorang pun yang bertindak sedemikian. Dan Si Ketua Penipu tu mula menggelabah tak tentu arah.

Maka, kemungkinan tersebut tidak mustahil berulang kali ini. Malah ianya juga turut diakui oleh salah satu blog mereka. Maklum la, diorang pun tahu yang Si Ketua Penipu tu Kaki Kelentong!!! Itu pasal la diorang pun risau jugak!!!
BEBERAPA blog dan portal berita pro Pakatan Rakyat sejak minggu lepas melaporkan kemungkinan akan berlaku aktiviti lompat parti secara besar-besaran oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan bekas pemimpin BN Sabah ke Pakatan Rakyat di sempena dengan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri tersebut semalam.
Penulis sendiri tidak pasti bagaimana maklumat ini boleh tersebar, penulis sudah memeriksa sendiri dengan pejabat Datuk Seri Anwar dan mengesahkan berita ini bukan datang dari situ.
Tapi yang hairannya berita ini diwar-warkan dengan begitu bersungguh-sungguh dan secara meluas sekali, seolah-olah sudah ada kepastian dalam tangan akan ada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Sabah sedangkan penulis tahu sejak kegagalan 16 September 2008, semua orang dalam Pakatan Rakyat sangat berhati-hati bercakap mengenai perkara ini.

3 ulasan:

  1. masih ada hati lg...

    BalasPadam
  2. Gua syorkan agar semua blog2 pakatan, keluarlah korang semua dari menyokong dan memomokan pemimpin korang yang kaki penipu dan putarbelit tu. Kalau memalukan jiran boleh tahan lagi, tapi ni memalukan negara je.

    BalasPadam
  3. Buah "KALU"dah byk kali dari dulu sampai ke bila-bila pun tidak boleh pakai.Jangan-jangan kali ini siAnu dah kena main dek dendam lama yg terpendam. Apapun senarai wakil rakyat yg dimaksudkan tu pun dah ramai org tahu. Sama standart dgn siAnu juga."Rejected Fellews".

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.