Kebiasaannya, artis ni la golongan orang yang up to date pasal dunia fesyen ni. Nak pulak kalau artis pompuan. Tu pasal la pakaian diorang pun boleh tahan.
Tapi tak sangka. Ada jugak artis yang tak peka lansung dengan apa yang diorang pakai. Nak pakai apa pun, ikut 'dan' diorang je. Kira sempoi jugak la artis ni. Nasib baik la dia cun gila babi!!!
Meskipun bergelar selebriti terkenal, namun aktres Jessica Biel mendedahkan dirinya kurang arif mengenai fesyen.
Menurut pelakon ini, tunangnya, Justin Timberlake lebih tahu mengenai fesyen terkini dan sering membantunya memilih pakaian.
Katanya, pelakon In Time itu juga memilih sendiri cincin pertunangan mereka.
“Semasa Justin bertanya cincin mana yang menjadi pilihan, saya hanya menjawab tidak tahu.
"Justin sendiri takut jika saya tidak suka dengan pilihannya. Secara jujurnya, dia mempunyai cita rasa yang lebih baik daripada saya. “Malah, jika saya bersiap-siap hendak keluar juga, Justin akan mengambil peranan memilih pakaian yang sesuai untuk saya,” katanya yang gembira dengan keprihatinan tunangnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.