Halaman

Jumaat, Julai 13, 2012

NI SEMUA SALAH UMNO!!!


Nah!!! Sekali lagi puak - puak Pakatan Pembangkang tu pasti akan menunding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional bila diorang baca berita ni.

Mana la tau kan. Diorang tu bukannya boleh percaya sangat. Kalau ada silap sikit, mula la tuduh UMNO macam - macam.

Kang nanti ada pulak yang buat tuduhan kata yang diorang ni dibayar untuk keluar parti. Ada jugak la yang akan buat cerita kata UMNO bagi rasuah dan sebagainya.

Tapi, hakikatnya, diorang keluar kerana sedar bahawa perjuangan PAS bukanlah atas dasar perjuangan Islam. Namun sebaliknya atas dasar kepentingan diri masing - masing!!!

Nak pulak bila PAS suka keluarkan fatwa ikut selera masing - masing. Ikut sedap mulut je tanpa merujuk kepada Al - Qur'an dan Sunnah.

Habis, macam mana ada sorang pengikut baru PAS tu kata yang PAS ni memperjuangkan Islam berlandaskan hadis dan Al - Qur'an sedangkan orang lama kata sebaliknya?

Nampak sangat la ahli baru PAS tu pun dah buta mata dia sebab terlalu taksub. Itu pasal la dia bercakap pun main ikut suka hati dia je. Bukannya dia pakai kepala otak, tapi pakai Kepala Lutut!!!
PASIR PUTEH - Seramai 30 penyokong tegar PAS cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai Umno kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.
Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda PAS cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
"Kami merasa kecewa perjuangan PAS selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.
Ramli berkata keputusan menyertai Umno adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan PAS yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.

2 ulasan:

  1. Boleh komen ke? no komen la... cuma tgu Baju T tu ada di pasaran je....

    BalasPadam
  2. baru dia orang tau PAS ni cakap lain buat lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.