Halaman

Khamis, Julai 19, 2012

AMOI NI BERJAYA MEMALUKAN SI RAFIZI DAN ANUWAR!!!

Memalukan!!! Dalam satu masa je, Amoi Seksi ni berjaya memalukan dua orang beruk dalam Pakatan Pembangkang tu sekali gus.

Mana tidaknya. Si Amoi Seksi ni menyatakan bahawa hasrat dia adalah untuk mengharumkan nama Negara sementara Si Ketua Penipu tu pulak dok memburukkan Negara je kerjanya.

Lepas tu Si Amoi ni jugak turut menjelaskan bahawa dia lebih senang berniaga dan berusaha sendiri disamping dapat membayar semula pinjaman PTPTN yang dibuat sebelum ini.

Jadi, tak timbul la isu berkaitan dengan pinjaman tersebut membebankan rakyat sebab Si Amoi cantik ni dah buktikan yang dia mampu berjaya.

Tinggal lagi, orang macam Si Rafizi Jambu dan Si Ketua Penipu tu memang jenis tak suka tengok orang lain berjaya. Diorang lebih suka tengok rakyat Malaysia ni hidup mundur!!! Dengan cara tu, senang la diorang nak uruskan rakyat nanti!!!
Kali pertama berhadapan dengan lensa kamera, Yvonne akui amat kaku dan hampir membuatkan jurukamera bosan.

Sejak itu Yvonne berjanji pada dirinya akan berusaha belajar sendiri hingga dia mampu mempesonakan setiap lensa kamera yang merakam gerak-gerinya.

"Semuanya saya belajar sendiri dari majalah dan Internet. Saya tidak pernah menyertai kelas modeling atau catwalk, malah solekan juga saya pelajari sendiri menerusi YouTube.

"Solekan dan dandanan rambut saya untuk hari ini juga saya buat sendiri, kerana sudah biasa jadi semuanya mudah saja bagi saya," jelas Yvonne yang turut mencabar dirinya dalam bidang pengacaraan.

Kehidupan kampus yang mencabar turut membuatkan Yvonne membuka perniagaan pakaian wanita dalam taliannya sendiri.

Biarpun mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yvonne tidak mahu menyusahkan ibu bapanya untuk wang saku tambahan.

Justeru, dia bersama kakaknya yang juga seorang pramugari, mengusahakanwww.atvamp.com secara sambilan.

"Saya sangat seronok menjadi peniaga kerana hasil jualan pakaian wanita tersebut jugalah saya gunakan untuk membayar balik pinjaman PTPTN saya setelah tamat pelajaran," cerita Yvonne penuh bangga.

Mengimbas tentang penglibatan dalam pertandingan ratu cantik Malaysia, Yvonne berkata, ibunya adalah penggalak utama untuk dirinya mencuba.

"Pengalaman memasuki pertandingan pencarian gadis di kampus dulu menguatkan keyakinan bahawa saya boleh ke cabaran ini. Akhirnya saya berjaya dan seluruh ahli keluarga memang gembira.

"Pada 17 Julai ini saya akan berada di Mongolia selama sebulan untuk pertandingan ratu cantik peringkat dunia pula.

"Kini jadual saya amat padat untuk urusan mencari pakaian tajaan yang sesuai, belajar tarian kebudayaan Malaysia dengan temu bual, sesi penggambaran dan macam-macam lagi aktiviti yang telah dirangka.

"Tentulah perasaan saya amat berdebar tapi pada masa yang sama sangat berharap dapat mengharumkan nama negara.

"Saya juga teruja kerana dapat bertemu dengan ramai lagi wanita cantik di seluruh dunia. Tambahan lagi saya tidak pernah sampai ke Mongolia, ini peluang saya sambil melawat negara tersebut," jelas Yvonne lagi.

Yvonne mengakui tidak melakukan persediaan khusus kecuali belajar menari untuk ke pertandingan akhir Ratu Cantik Dunia 2012 pada 18 Ogos di Stadium Dongsheng, Mongolia kelak, kerana memang menjadi rutinnya setiap hari untuk bersenam dan menjaga kulit serta kecantikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.