Halaman

Khamis, Julai 19, 2012

MEMANG SAH MAHFUZ BEAN HANYA MEMALUKAN PAS!!!


Kalau sebelum ni, orang cakap mungkin puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak percaya. Nak pulak dikalangan pengikut Parti Angguk Saja tu.

Dah berulang kali dikatakan bahawa Si Mahfuz Bean ni lansung tak boleh pakai!!! Dia bukannya tau apa yang dia buat. Dia bercakap pun main ikut sedap mulut dia je. Sekarang, dah tak pasal - pasal PAS dapat malu. Siapa punya pasal kalau bukan Si Mahfuz Bena tu jugak!!!
Hendak tergelak tengok bagaimana PAS terutama PAS Kedah sibuk ‘cover malu’ lepas terkantoi isu beli saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Macam-macam alasan datang dari lain-lain pihak.
Memang agak memalukan apa yang berlaku, di Kuala Lumpur, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetiba jadi komander (ayat Mazlan Aliman – ANAK) perarakan sempena Himpunan Oren.
PAS ketika itu cuba jadi hero peneroka.
Jadi hero kepada kumpulan masyarakat yang kerajaan wujudkan puluhan tahun dulu, beri tanah, beri macam-macam, sekarang nak majukan lagi tanah rancangan mereka ke tahap global, tetiba PAS nak memperlihatkan mereka lebih prihatin.
Hari Sabtu PAS cuba jadi hero, hari Isnin terkantoi sepenuhnya.
Kerajaan PAS Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak rupanya membeli 500,000 unit saham FGVH.
Wow…bukan satu ribu atau dua ribu unit…tapi 500,000 unit!
Dengar kata mintak sejuta, tapi dapat 500,000…mintak pun tak nak sikit.
Itulah, kalau niat tu tak berapa baik, maka hasil akhirnya tuhan tak redha dengan apa yang dibuat.
Sekarang ni, usaha bertali arus sedang dibuat untuk menutup malu PAS Kedah dan PAS Pusat.
Alasan terbaru yang diberikan ialah Azizan selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) tidak mengetahui PKNK membeli saham FGVH.
Apa guna jadi Pengerusi kalau camtu? Inikah kemampuan pemimpin PAS untuk mentadbir? Agensi sendiri beli saham 500,000 unit, Pengerusi boleh tak tahu, tak dimaklumkan dan tak retilah nak cakap apa lagi! - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.