Ni apa cerita pulak ni? Apa pasal pulak Si Ketua Penipu tu kena jeling dengan Si Biawak tu? Ada benda yang dia buat tak betul ke?
Ya, ada. Si Biawak tu mula nak mempersalahkan Si Ketua Penipu tu kerana telah melantik seorang pemimpin yang GAGAL di Pulau Pinang.
Ternyata, Si Mansor Othman yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tu tak reti buat kerja. Malah, dia jugak hanya menyusahkan Si Biawak tu sahaja.
Tapi, bukan orang UMNO yang cakap. Dan bukan juga pemimpin dikalangan Barisan Nasional mahupun dari golongan NGO yang kata Si Mansor ni tak boleh buat kerja.
Sebaliknya, dakwaan tersebut dikeluarkan oleh 100 orang ahli Parti Kencing Rakyat tu sendiri!!! Diorang yang desak agar Si Mansor tu letak jawatan!!!
Soalnya sekarang, adakah Si Ketua Penipu tu akan buat tak tau je dengan desakan dan tuntutan dari kalangan ahli parti dia sendiri?
Benda ni pun bukan satu cerita baru. Di Selangor pun memang dah wujud cerita seumpama ini. Tinggal lagi, Si Ketua Penipu tu je yang buat - buat tak tau!!! Dia bukan kisah sangat pun dengan suara ahli dia sendiri!!! Yang pentingnya, dia dapat kuasa. Yang lain, dia peduli apa!!!
BUKIT MERTAJAM 15 Julai - Lebih 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Sejahtera di sini mahu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman meletak jawatan kerana gagal menunaikan janji yang dibuat parti itu semasa pilihan raya umum lepas.
Wakil kumpulan berkenaan R.Chandran berkata penduduk di kawasan berkenaan juga kesal dengan pemimpin pembangkang kerana hanya pandai berjanji untuk meraih undi.
"Kami kecewa dan rasa seperti ditipu kerana pelbagai masalah yang dihadapi penduduk seperti limpahan air dari loji najis ketika hujan lebat belum dapat diatasi malah lebih teruk sekarang ini.
"Datuk Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri juga pernah berjanji untuk membina sebuah dewan serbaguna yang dilengkapi gelanggang sukan, namun sehingga sekarang beliau masih membisu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Mansor meletak jawatan di sini hari ini.
Katanya pihaknya telah menghantar beberapa pucuk surat kepada Mansor bagi meminta penjelasan berhubung janji yang PKR buat semasa pilihan raya lepas, bagaimanapun tiada sebarang balasan atau jawapan.
"Penduduk di sini bukan 100 orang sahaja, tetapi beribu dan janji kami hari ini ialah tidak akan pangkah pakatan rakyat terutama PKR kerana sudah tidak percaya lagi," katanya.
Bekas Naib Ketua PKR cabang Batu Kawan A.Loganathan yang turut hadir, berkata pemimpin pembangkang di kawasan berkenaan tidak pernah mengambil tahu nasib penduduk di situ.
"Pernah penduduk di sini buat aduan kepada mereka (pemimpin PKR) tentang masalah yang dihadapi, tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan. Macam ini kah nak jadi pemimpin?" katanya.
Katanya penduduk di situ beberapa kali menghantar surat kepada Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang jawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.