Halaman

Isnin, Julai 16, 2012

NURUL IZZAH MULA GOYANG!!!


Merosakini yang menjadi media pro Pakatan Pembangkang tu nampak gayanya agak berang bila dituduh memutar belitkan kenyataan Si Nurul Izah tu sebelum ini.

Mereka tampil menyiarkan kenyataan Datuk Seri Raja Nong Chik mengenai dakwaan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah membuktikan perkara tersebut.

Sebelum ini, Si Nurul Izzah tu kata dia ada berjumpa dengan seorang Pegawai SPR dan pendedahan yang dibuat agak mengejutkan. Klik kat sini.

Ianya jelas menunjukkan yang kedudukan Si Nurul Izzah tu sememangnya agak goyang kerana dakwaannya itu mampu dipersoalkan oleh semua pihak.

Tetapi hakikatnya, memang itulah perangai puak - puak Pakatan Pembangkang. Diorang memang suka ambik cerita separuh - separuh. Bukannya nak ambik cerita penuh.

Lepas tu ada pulak hati nak tuduh orang lain yang buat dakwaan yang bukan - bukan. Bila dah kantoi, mula la diorang pun nak tuduh orang lain yang buat salah. Bukannya diorang nak mengaku salah sendiri!!!
Apa yang dikatakan oleh Raja Nong Chik mengenai usaha Nurul adalah untuk terus membentuk persepsi bahawa BN mempengaruhi SPR dalam menentukan kemenangan undi. 
Ini taktik yang digunakan dan ini perlu dihadapi dengan cara yang lebih berkesan bagi menunjukkan BN/UMNO tidak seburuk itu. 
Melihat senario isu ini sahaja sudah menunjukkan MP Lembah Pantai itu hanya mahu membentuk isu dan isu itu kemudiaan hanya mahu memberi persepsi negatif kepada SPR dan kerajaan memerintah hari ini.
Benar – ini akan memberi kesan dengan hujah kononnya pegawai SPR itu tidak profesional dan tindakan memperbesarkan berita dari sudut berlainan adalah tindakan perang saraf untuk tujuan menang pilihanraya. 
Dalam itu pendedahan separa kebenaran disorokkan unutk tujuan politik. Ini adalah cara mereka bertindak – mengeluarkan isu separa benar dengan justifikasi yang tidak benar dan hanya mahu memanipulasi persepsi pengundi.
Mereka akan hanya mengambil isu itu separa – kononnya ada kronisme, nepotisme dan korupsi dan akan mengaitkan isu ini sebagai satu budaya UMNO yang sepatutnya ditolak oleh rakyat. 
Mereka akan menjaja perkara itu semaksimum yang mampu dan sekiranya kebenaran dan penjelasan diperoleh – mereka senyap akan persepsi yang dibentuk mereka terus diterima oleh pengundi.
Corak ini adalah strategi perang yang dimainkan oleh mereka dan amat jelas sedang digunakan oleh Nurul Izzah dalam beberapa insiden pendedahan yang dibuatnya. 
Sungguhpun begitu – tidak dapat dinafikan mereka berjaya. Mereka mahu menunjukkan sebahagian isu dan sebahagian kebenaran di tutupkan untuk memberi loncatan politik kepada Pakatan Rakyat. 
Lazimnya sekiranya tindakan kita kalut dalam berhadapan dengan taktik sebegini maka kesannya akan terus memberi persepsi negatif. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.