Si Godfather Lim ni memang dah terkenal dengan sikap bermulut lancang dia. Selama dia jadi Ahli Parlimen, memang itulah sifat dia sejak dari dulu.
Kalau sebelum ini, dia kuat mengkritik Kerajaan Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS. Malah dia juga turut buat kecaman apabila Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam.
Tapi sayangnya, sampai sekarang, puak - puak PAS hanya tunduk dan akur dengan apa yang dikatakan oleh Si Godfather Lim ni.
Bayangkan. Bila Negara Luar memberi pengiktirafan bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara Islam yang maju pun dia kecam dan menafikan perkara tersebut.
Tapi, kita kena faham jugak. Si Godfather Lim ni dah tua. Orang tua nyanyuk macam dia ni memang selalu hilang ingatan dan biasa dapat serangan Amnesia.
Itu pasal la dia boleh lupa angkara siapa yang menyebabkan berlakunya rusuhan 13 Mei dulu. Salah siapa lagi kalau bukan salah dia jugak!!! Jadi, memang patut sangat dia kena lempang. Baru la dia sedar diri sikit!!!
PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pemimpin pakatan pembangkang khususnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggotakan janji untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang pada masa akan datang.Beliau berkata, BN tidak mahu sejarah hitam pada 1969 itu berulang dan mengugat kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam yang dinikmati sekarang.“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan lakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program berbuka puasa beramai-ramai Maidatul Rahman anjuran Umno Bahagian Putrajaya di sini, malam tadi.Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semalam bahawa pakatan pembangkang sedia member kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.