Siapa kata amalan Nepotisme dan Kronisme ni tak ada dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang? Hakikatnya, diorang la paling sarat sekali dengan amalan tersebut.
Tapi, seperti mana kebiasaan, puak - puak Pakatan Pembangkang ni mana nak mengaku kata diorang mengamalkan benda - benda tu semua.
Jika tidak, kenapa pulak Ketua Penerangan PKR Selangor ni tampil membuat desakan terhadap Menteri Besar Badut tu agar dia tidak meminggirkan ahli parti?
Kata Si Ketua Penerangan tu, Khalid tidak sewajarnya melupakan ahli parti terutama dalam mengisi jawatan - jawatan utama didalam Kerajaan Negeri.
Walaupun Si Khalid tu mampu menguruskan Negeri, tapi semua tu tak bermakna sekiranya dikalangan ahli parti sendiri tak berpuas hati.
Uik? Kenapa pulak ahli parti masih jugak tak puas hati walaupun Si Khalid Gagap tu buat kerja bagus? Kalau dah tak puas hati, bermakna dia buat kerja tak bagus la.
Takkan benda macam tu punya mudah pun dia nak menipu jugak kot? Dah terang - terang dia nak kritik tindak tanduk Si Khalid Gagap tu sebenarnya.
Si Ketua Penerangan tu jugak turut menyatakan bahawa pengurusan Ekonomi Negeri tidaklah sebegitu penting jika nak dibandingkan dengan Politik.
Dalam erti kata lain, Si Ketua Penerangan tu nak kata yang Khalid sepatutnya lebih mementingkan Politik daripada sekadar nak membangunkan ekonomi.
Erk, soalnya, adakah Si Khalid Gagap tu ada membangunkan ekonomi Negeri? Rasanya, satu hapah pun dia tak buat!!! Sekadar mengharap benda yang sedia ada tau la dia buat.
Tambahan pulak, kenyataan Si Ketua Penerangan tu menjelaskan bahawa kepimpinan PKR seperti Khalid Gagap tu tak dengar lansung suara rakyat.
Jadi, macam mana diorang boleh dabik dada mengatakan yang diorang selama ini memperjuangkan rakyat sekiranya suara ahli parti sendiri pun tidak diendahkan?
Kalau ahli parti pun diorang pinggirkan, inikan pulak suara rakyat biasa. Lagi la diorang boleh buat - buat tak tau!!!
Itu membuktikan yang puak - puak PKR ni sekadar tau bercakap. Tapi bila tiba bab perlaksanaan, diorang ternyata GAGAL!!! Setakat tau cakap je buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar mengambil berat dan tidak meminggirkan anggota parti tersebut terutamanya dalam mengisi jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu.Shuhaimie berkata walaupun Khalid mampu menguruskan ekonomi negeri dengan baik namun ia tidak bermakna sekiranya anggota parti tidak berpuashati.Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda ini, anggota parti merupakan pendokong yang berusaha keras untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum yang lalu."Kemampuann menguruskan ekonomi, kewangan itu jauh lebih penting daripada kemampuan atau kemahirannya berpolitik. Kedudukan Tan Sri Khalid dilihat orang kerana beliau tidak begitu peka, mungkin tidak begitu peka kepada rungutan ahli-ahli atau golongan parti."Tapi saya juga mengesyorkan bahawa kita tidak boleh meminggirkan keputusan parti, kita kena istiqamah di mana dalam kita mengutarakan dasar kerajaan negeri itu harus sedikit seimbang supaya mereka-mereka yang menjadi pendokong kepada gerakan parti tidak berasa dipinggirkan," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.