Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

AWEK CUN NI KENA BELASAH DENGAN SARAWAK!!!


Hadus!!! Sayang betul la. Kesempatan pergi ke Kuantan hari ni Semut habiskan kat arena Bowling Mega Lane kat Mega Mall.

Dapat jugak la tengok orang main bowling. Meriah jugak suasana di arena bowling tu. Ramai jugak orang yang datang menengok perlawanan hari ni.

Kesempatan tu jugak la Semut dapat tengok secara 'Live' awek cun yang Semut siarkan pagi tadi sedang beraksi. Tapi sayang, akhir dia tewas juga ditangan Sarawak.

Tu pun nak merebut tempat ketiga. Tapi, apa boleh buat. Adat permainan ada kalah dan menang. Esok masih ada lagi perlawanan bowling ni. Jadi, teruskan usaha!!! Tingkatkan prestasi dan jangan setakat cakap je pandai macam Si Ketua Penipu tu!!!

KUANTAN - Saingan dalam mengutip pingat emas terus hangat pada ketika ini diantara Sarawak dan Selangor terutama dalam acara Boling Double hari ini.

Bagi kategori Lelaki, Sarawak berjaya menewaskan pasukan lain melalui pesangan Christopher Tiong Lee Siong dan Jonathan Ding Sagan yang mengumpul jumlah jatuhan pin 2585.

Pasukan Sarawak juga turut meraih pingat Perak melalui pasangan Bong Kihow dan Chong Jun Foo dengan jatuhan pin 2566.

Manakala Wilayah Persekutuan pula mengutip pingat Gangsa dengan kutipan jatuhan pin, 2531 melalui pasangan Muhammad Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern.

Bagi kategori Wanita Double pula, Selangor merangkul pingat Emas melalui pasang Sharifah Marissa dan Victoria Chin Quan Weoi dengan jumlah kutipan jatuhan pin, 2337.

Pingat Perak pula menjadi milik Negeri Sembilan melalui pasangan Nur Amira Irdeena dan Puteri Nadia Kamarul Mahadir dengan jatuhan pin sebanyak 2321.

Memungut pingat Gangsa pula adalah pasukan dari Sarawak dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2292 menjadi milik pasangan Dayang Aida Natasha dan Syazwani Sajeli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.