DIA memang gemarkan gaya retro. Atau mungkin ia jelas membuktikan dengan bangganya, tiada siapa dapat mempamerkan gaya lampau sehebat Lana Del Rey.
Begitu juga dengan keadaan beliau ketika hadiri festival di Switzerland minggu lalu.
Wanita berusia 26 tahun yang dilahirkan sebagai Elizabeth Grant itu tampil mengagumkan dengan rambut coklat kehitaman yang dihiasi dengan dengan orkid putih.
Tiada warna lain digemari di negara terbabit tentunya, jadi Lana memadankan bunga orkid itu dengan gaun putih menawan dan kelihatan hampir seperti pengantin atau anak patung.
Elvis bersama dengan isterinya, Priscilla Presley |
Malah, penyanyi itu yang begitu berjaya dalam dunia fesyen dan mempunyai beg tangan Mulberry sempena namanya kelihatan sama seperti Priscilla Presley ketika aktres veteran itu mula-mula berkahwin dengan Elvis.
Baru-baru ini, Lana bertemu dengan taikun filem Harvey Weinstein dan mencetuskan spekulasi mungkin dia akan menceburi dunia lakonan.
Lana yang dikhabarkan pernah berpacaran dengan Marilyn Manson, Shannon Leto dan Axl Rose, terkenal dengan gaya luar biasanya dan baru-baru ini melancarkan kempen fesyennya yang pertama.
Gaya Lana ketika mengadakan persembahan baru - baru ini |
Menurut New York Post, Lana telah menanda tangani kontrak untuk menjadi duta bagi peruncit gergasi, H&M.
“Dia menjalani penggambaran kempen H&M di New York,” kata sumber terbabit kepada akhbar itu.
Wakil rangkaian kedai berkenaan tidak menafikan dakwaan itu, tetapi memberitahu MailOnline bahawa ‘H&M tidak memberi ulasan mengenai khabar angin’. -DM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.