KUANTAN - Dianggap sebagai seorang pemain boling yang berpengalaman meletakkan beban yang agak besar buat atlet dari Perak ini.
Beliau juga turut menjadi perhatian ramai kerana bukan sahaja mempunyai bakat yang cerah dalam dunia Boling Negara, malah turut dianugerahkan dengan rupa paras yang menarik.
Tetapi siapa sangka, Saidatul Afifah yang menjadi satu - satunya peserta dari Perak berjaya melayakkan diri ke saingan Masters Tenpin Boling Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini mampu membawa pulang pingat Emas.
Kemenangan itu juga menjadikan Saidatul Afifah sebagai peserta tunggal yang berjaya memperolehi pingat bagi pasukan Boling Perak.
Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka apabila seringkali dipintas oleh pasukan lain disaat - saat akhir saingan bagi kategori Perseorang, Double, Trio, Campuran dan Berpasukan.
Walaubagaimana pun, Saidatul Afifah tidak mudah luntur semangat dan terus berjuang dalam saingan Masters yang diadakan semalam.
Beliau mendahului peserta lain sehingga ke akhir pertandingan dan berjaya muncul juara setelah mengalahkan peserta Pahang, Faten Najihah dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 236.
Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga terus cemerlang dimasa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.