Halaman

Isnin, Julai 23, 2012

MINAH NI TAK SEDAR DIRI LAGI RUPANYA!!!


SYED pasti ramai yang memang tahu tentang pertelingkahan antara Zarina Anjolie Lavocah dengan Lufya yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan. 

Kes mereka ni pun tak besar mana, tapi nampaknya memang sukar untuk mencari jalan damai.

Syed berpeluang bertemu dengan Zarina baru-baru ini ketika dia memperagakan baju biru turquoise koleksi Ariff Shukor dengan kerjasama Rafflesia minggu lalu. 

Bila ditanya perihal kes tersebut, nampaknya Zarina memang tekad tak mahu berbaik langsung dengan Lufya.

“Saya tidak pernah cari pasal pun dengan dia. Dia yang mulakan dan dia juga yang banyak bercakap tentang hal saya. 

"Jadi untuk apa saya berhubungan dengan dia kalau akhirnya orang akan anggap saya yang salah.

“Memang kami berkawan. Dia pun dah minta maaf atas apa yang berlaku tapi yang menjadi masalahnya kenapa dia perlu buat lagu untuk saya? Sibuk-sibuk nak menyanyi sebagai tanda minta maaf.

“Itu bukan nak minta maaf tapi nak buat provokasi pada saya. Jadi lantak dialah. Saya tak peduli apa yang nak jadi sebab fokus saya nak cari duit dan terlibat dalam bisnes. Malas nak bergaduh dengan orang sebab isu remeh.

“Saya tak perlu ada hubungan dengan dia dan tak perlu ada apa-apa hubungan pun!" kata Zarina lagi.

Hmmm... Suka hati Zarinalah. Apa lagi nak buat kalau dia sendiri dah cakap macam tu. Tapi sekarang khabarnya Zarina dah mengeluarkan produk Ched Solid Perfumes. Eloklah macam tu, setidak-tidaknya ada hasil juga.

3 ulasan:

  1. budak rosak akhlak mcm ni dah bersepah..x larat nk tgk da..

    BalasPadam
  2. pintu hatinya belum terbuka lagi,kemungkinan satu hari nanti harapan beliau akan sedar dan berjalan diatas jalan yang lurus."Tidak ada tempat perlindungan dan tempat membebaskan diri dari murka engkau,melainkan pulang kepada engkau".

    terjemahan surat Al-Fatihah (Kepala Kitab).
    "Dengan nama Allah yang pengasih penyayang,Segala puji-pujian bagi Allah seru sekelian alam.Yang bersifat pengasih penyayang.Yang berkuasa pada hari pembalasan.Akan Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah,dan hanya kapada Engkau sahaja tempat kami minta tolong.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat-bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat". perkenanlah permohonan kami.

    Harapan saya marilah kita sama-sama memberi pertolongan kepada orang yang susah dalam perjalanan hidup ini.surat Al-fatihah ini adalah kepala kitab yang sangat mujarab untuk renungkan dan amal.









    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.