Waduh!!! Apa nak jadi ni? Semalam Pejabat MB Pahang kena gegar dengan beberapa penduduk India dari Cameron Highland. Hari ni, Pejabat MB Selangor pulak.
Dalam insiden semalam, memang jelas sangat yang tindakan mereka tu didalangi oleh beberapa individu dari pihak Pakatan Pembangkang.
Tujuan diorang bukannya nak menyelesaikan masalah. Nak tambah masalah lagi ada la. Sepatutnya, sebagai pemimpin, diorang tolong selesaikan masalah. Bukannya buat kerja yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM: Kira-kira 200 orang mengadakan demonstrasi aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.
Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera “Kami Benci Pakatan Rakyat”.
Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan.
Tinjauan Antarapos, mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.
Sambil melaungkan “Khalid Bodoh” mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK.
Dalam memorandumnya, GPRS mendesak kerajaan negeri Selangor memecat ahli politik Pakatan Rakyat yang menduduki Lembaga Pengarah Unisel kerana mempolitikkan institusi itu.
Mereka juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan laporan kewangan Unisel serta menyatakan jumlah kemasukan serta pelajar dari tahun 2008 hingga 2012.
GPRS yang diwakili oleh Zubir Zainuddin dan Mohammad Zainal Khamis menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzaton Aini Mohd Kassim.
"Kami mewakili rakyat seluruh Selangor yang tidak berpuas hati jadi kita menubuhkan satu gerakan iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor untuk menyampaikan ketidak puasan hati rakyat Selangor mengenai kepincangan, penyelewengan, dan penipuan yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Maka pada hari ini memorandum mengenai tiga isu, iaitu isu Unisel, penyelewengan Yayasan selangor, dan rampasan padang bola di Kelana Jaya," kata Zubir.
Mengenai penyelewengan Yayasan Selangor pula, kumpulan tersebut menuntut supaya seorang pengawai kanan Yayasan Selangor yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta dipecat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.