Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

DR. ABDUL RANI MEMANG SAH PENGECUT!!!


Memang sah la dia pengecut kalau setakat nak terima cabaran berdebat dari bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ni. Tambah memalukan, dia buat Pak Berahim tu buruk muka.

Bukan ke sebelum ni Pak Berahim tu jugak yang kata debat ni satu tindakan ilmiah dan untuk membuka minda? Jadi, kenapa Dr. Rani takut sangat?

Sepatutnya dia perlu tampil kehadapan dan membuktikan yang dia memang layak dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS menggantikan Dr. Hassan Ali.

Andaikata dia tak muncul jugak untuk berdebat nanti, apa lagi yang kita boleh katakan. Nampak sangat la yang PAS ni memang takut nak menegakkan Kebenaran!!! Nama je pejuang Islam, tapi Penakut!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Penganjuran debat perdana bertajuk "PRU13: Di manakah PAS Selangor?" akan tetap diteruskan walaupun tanpa kehadiran Pesuruhjaya PAS Dr Abdul Rani Osman, kata Timbalan Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP) Mohd Norman Toha.

Ketika dihubungi AntaraPos, Mohd Norman berkata penganjuran debat itu diadakan khas untuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali dan Abdul Rani.

Justeru beliau menjelaskan pihaknya menolak hasrat PAS Selangor yang mahu menghantar wakil bagi menggantikan Abdul Rani dalam debat yang akan diadakan pada malam ini.

"Mereka datang atau tidak datang kita akan tetap teruskan, harap mereka datang. Kita cabar mereka mengapa tidak duduk dalam satu pentas dan bentangkan hujah masing-masing supaya rakyat faham.

"Pentas ini memang kita khususkan kepada mereka, seorang bekas pesuruhjaya dan seorang lagi pesuruhjaya...kalau mereka datang 'gentleman' walaupun dalam keadaan bertembung hujah," katanya.

Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru sebelum ini mengesahkan untuk tidak menerima pelawaan debat tersebut sebaliknya berhasrat mahu menghantar Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad untuk berdebat.

Selain itu, Hasan yang juga Adun Gombak Setia dan Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) mahu Abdul Rani mengubah pendirian tersebut dan bertemu dalam pentas debat itu.

Jelas Mohd Norman, sekiranya Abdul Rani tidak hadir program debat perdana itu akan tetap diteruskan dengan hanya seorang ahli panel iaitu Hasan.

Tambah beliau, setakat malam tadi Hasan telah mengesahkan diri untuk hadir dalam program yang julang kali diadakan itu.

3 ulasan:

  1. Debat sudah difatwa jihad
    Oleh pak braim pendek dan bulat
    Bukan dia ta mau berdebat
    Tetapi pahalanya sudahlah padat.

    Gua kelawar sudahlah sampai
    Baik2 melangkah kaki
    Fatwa PAS x boleh pakai
    Orangnya sendiri tidak mematuhi.

    BalasPadam
  2. dia ni kat MERU tu ape pon tak buat... ceramah je... pastu mengutuk org tak ingat.. kata islamik sgt..

    BalasPadam
  3. Org UMNO lagi ramai yang takut debat..Pemimpin UMNO ramai pengecut..UMNO lagi mengaibkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.