Halaman

Rabu, Julai 11, 2012

SI RONNIE LIU GARU KEPALA KENA BALUN DENGAN PAS!!!


Pelik bin ajaib. Kenapa baru sekarang PAS nak bersuara sedangkan masa zaman Datuk Dr. Hassan Ali dulu, diorang cukup kuat membantah?

Ternyata, PAS memang dah 'kow-tow' dengan DAPigs sehinggakan mereka sendiri membantah larangan penjualan arak di Negeri Selangor.

Pelikny, bila MDKS keluar arahan untuk mengasingkan penonton lelaki dan wanita dalam panggung wayang, mereka bangkit menyokong tindakan tersebut.

Nampak sangat la yang tindakan puak - puak PAS ni hanya Retorik semata - mata. Mereka buat demi untuk meraih semula sokongan ahli yang sebelum ini kecewa dengan sikap mereka sendiri. Dan diorang buat pun bukan untuk Islam. Tapi untuk diri sendiri je!!!
SHAH ALAM: Pemimpin PAS Selangor mempertahankan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan operator pawagam meletakkan notis peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak duduk berdua-duaan di dalam panggung wayang.
Kata mereka, notis itu penting sebagai peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk berasmara dana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mengakui ahli-ahli majlis PAS dalam MDKS bertanggungjawab membuat cadangan itu.
“Pawagam adalah merupakan tempat awam untuk seisi keluarga menonton filem. Kami menerima aduan daripada keluarga yang membawa anak-anak ke pawagam dan melihat terdapatnya pasangan Islam yang memadu kasih di dalam pawagam dan mereka tidak suka," ujar Khalid.
Oleh itu, kata Khalid, PAS hanya sekadar mahu mengingatkan masyarakat agar tidak berkelakuan sumbang di dalam pawagam.
"Jangan jadikan pawagam sebagai kelab malam,” kata Khalid lagi.
Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Dzukefly Ahmad sementara itu berkata, isu tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat penuh ahli majlis MDKS hujung bulan ini.
Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu telah mengarahkan MDKS supaya membekukan sementara waktu arahan penampalan notis yang melarang pasangan bukan muhrim daripada duduk berdua-duaan di dalam pawagam sehingga perkara ini dikaji secara menyeluruh.
Menurut Ronnie pelaksanaan arahan itu dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.
Katanya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu pelaksanaan sebarang peraturan baru di peringkat kerajaan tempatan dilakukan tanpa seragam.
Sebarang peraturan baru di peringkat negeri mestilah dilakukan secara menyeluruh dan bukannya secara berasingan sepertimana yang berlaku di Kuala Selangor, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.