Halaman

Selasa, Oktober 16, 2012

ANUWAR KECEWA GAGAL MENCACAIKAN AUSTRALIA!!!


Kita perlu ingat bahawa kemampuan Si Ketua Penipu ni memang berada diluar jangka kita. Sesiapa sahaja boleh dijadikan sekutu demi kepentingan diri dia sendiri.

Kalau sebelum ini, Si Ketua Penipu tu sering dikaitkan dengan Turki dan Israel atas dasar kepentingan Politiknya. Malah sokongan dari puak Zoinist tu memang tak dapat dinafikan.

Namun kali ini, cubaan dia untuk mencacaikan Negara Australia dan mendesak mereka untuk campur tangan dalam urusan Malaysia jelas GAGAL sama sekali.

Malah, ianya dilihat sebagai satu pencabulan Hak Asasi terhadap kedaulatan negara Malaysia sekiranya mana - mana Negara masuk campur dalam urusan Kerajaan.

Maka tindakan Menteri Luar Australia itu membuktikan bahawa mereka menghormati kedaulatan serta maruah Negara lain. Tak la macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Tapi, bagi Si Ketua Penipu ni dia peduli apa. Dia bukan kisah sangat pun pasal kedaulatan Malaysia. Sedangkan maruah diri dia sendiri pun dia boleh buat tak tau, inikan pulak maruah Negara. Itu pasal la dia sanggup mencacai tak tentu arah!!!
Kita tentu tahu tentang usaha Beersih mengadu domba isu negara ini kepada Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia. 
Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia  mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.


Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga.  



Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.



Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi,  keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.  Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini.   



Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu.  



Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.   



Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya.



Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas.    



Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan. seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.