Halaman

Selasa, Oktober 16, 2012

NURUL IZZAH KENA 'SOUND' SEBAB LEMBAB BUAT KERJA!!!


Kalau ikutkan, Si Nurul Izzah ni bukannya 'Lembab', tapi dia ni jenis manusia yang PEMALAS!!! Orang pilih dia jadi Wakil Rakyat, tapi dia buat kerja lain.

Mungkin dia tak faham apa tugas seorang wakil rakyat. Jadi, baik la kita jelaskan dulu sebelum kita terus mempertikaikan kerja dia sebelum ini.

Seorang 'Wakil Rakyat' ni dipilih agar mereka dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat serta menjaga kebajikan mereka.

Malangnya, Si Nurul Izzah ni ingat dia jadi wakil rakyat semata - mata untuk memecah belahkan perpaduan yang sudah terjalin sesama mereka selama ini. 

Itu bukan kerja wakil rakyat. Rakyat tak pilih dia untuk memecah belahkan perpaduan dan menipu je sepanjang masa. Kalau dia tak reti nak buat kerja sebagai seorang wakil rakyat yang sebenar, baik dia duduk rumah je!!! Jangan menyusahkan orang!!!
 
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Badan Pengurusan Bersama (JMB) Vista Angkasa menetapkan tiga syarat kepada peniaga-peniaga di Pasar Malam Vista bagi memastikan keselesaan penduduk pangsapuri tersebut terjamin.

Pengerusinya, Tengku Mohd. Ali Bustaman berkata, syarat-syarat tersebut ialah peniaga harus memastikan tiada gangguan bunyi di pasar tersebut, menjaga kebersihan kawasan dan meletak kenderaan di tempat lain bagi mengelakkan masalah lalu lintas.

"Pihak kami juga akan membuat kutipan (yuran) daripada peniaga untuk membayar kontraktor pembersihan bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih.

"Selain itu, segala (urusan) penyenggaraan pasar malam tersebut juga berada di bawah pengurusan JMB memandangkan lokasinya yang terletak di belakang pangsapuri ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan bersama-sama 20 orang peniaga sebagai tanda setuju dengan perpindahan pasar malam tersebut ke lokasi baru.
Ps: Kalau sebelum ni, Si Nurul Izzah tu kata semua peniaga pasar malam tu tak bersetuju untuk dipindahkan ke tempat yang baru. Sekarang, apa lagi kelentong yang dia nak buat? 

Kalau setakat nak menipu ni, baik duduk rumah je la!!! Jadi Wakil Rakyat pun buat semak je. Jadi bahan kena maki hamun dengan orang buat apa!!!

2 ulasan:

  1. Diharap dia tidak akan lari dan akan tetap bertanding di Lembah Pantai. Sudah tentu sebagai anak didik Nuar dia akan terima cabaran ini. Jangan pandai bercakap jer. Pengundi Lembah Pantai will shut your big trap forever!!!.

    BalasPadam
  2. Mohon pautkan blog saya . Saya telah pautkan blog tuan. Tq
    http://budakbenteng.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.