Ps: Bab Kemaruk ni memang salah satu norma bagi puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang memang jenis manusia yang Kemaruk Kuasa!!!
Itu pasal la diorang suka buat benda yang bukan - bukan!!! Jadi apa yang nak diherankan sangat. Dah memang itu je kerja yang diorang mampu buat. Suruh buat kerja lain, diorang tak tau!!!
Belum pun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.Dalam pada itu, keterlanjuran Mustapha Ali menegur Azmin nampaknya mengundang padah apabila dalam satu mesej tweeternya kepada seorang pembacanya, Azmin memperlekehkan teguran pemimpin PAS itu sebagai kenyataan dari orang yang mudah melatah disebabkan faktor usia yang semakin tua.Reaksi Azmin itu agak keras seumpama satu ketukan yang agak menyakitkan singgah di atas kepala Setiausaha Agong PAS. Satu penghinaan yang agak memilukan hati barangkali.Tapi nasib Mustapha boleh dikira masih baik kerana cuma diketuk sahaja dan bukannya dibicarakan dan dipecat dari parti tanpa bela diri seperti mana dialami bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali.Namun tentunya ia mengundang amarah dikalangan penyokong dan ahli PAS tapi percayalah, dalam keadaan sekarang di mana PAS hanyalah ibarat keldai tunggangan untuk PKR dan DAP, tiada apa yang dapat PAS lakukan dalam menghadapi sikap Azmin yang kurang ajar dan terlampau ego itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.