Halaman

Sabtu, Oktober 06, 2012

'RESPECT' LAGI AWEK NI DARI OSTAZAH BEREMPAH!!!



SETELAH berhijrah daripada kehidupan alpa kepada dunia yang lebih celik agama, ada sesetengah barisan artis mula mencari peluang mendekati dunia politik. 

Seolah-olah perubahan itu akan dilihat lebih melengkapkan lagi penghijrahan mereka dalam niat untuk mencari kehidupan yang lebih sempurna dan diberkati.

Ada yang memilih untuk menyertai politik, tidak kisahlah parti penyokong aspirasi kerajaan mahu pun pro-pembangkang. 

Maka tidak hairanlah, datang dari latar belakang bagaimana sekalipun, banyak artis yang menjadikan tiket ‘hijrah’ sebagai landasan untuk mereka bersilat di gelanggan politik, mencari sasaran peminat baru, selain rezeki dalam bidang yang juga baru itu.

Namun bagi Sharifah Sofia, dia mahu mengelak perkara berkenaan daripada menganggu kehidupannya.

Perubahan dirinya, tidak ada kena mengena dengan isu lain, selain daripada keinginannya mencari takwa dan reda Allah.

"“Saya tak nak ada kena mengena dengan hal politik setelah berhijrah ini. Lagi pun saya bukannya jenis orang yang mahu terlibat dalam politik. 

"Lagi selesa rasanya jika saya tidak ada kena mengena dengan perkara ini. Saya tidak mahu terikut-ikut dengan apa yang orang lain lakukan.

“Di samping keluarga, banyak lagi perkara lain yang saya perlu berikan perhatian dalam kehidupan. Saya tidak akan buat perkara yang saya kurang minat, termasuklah berada di pentas politik," ujar ibu kepada seorang anak perempuan ini.

Berpaksi pada niat yang betul untuk mendalami ilmu agama, kini Sharifah Sofia benar-benar mahu mencari pelengkap dalam kehidupannya.

Tidak mahu menjadikan kisah lampau sebagai halangan kepadanya untuk menempuh masa hadapan, Sofia memberitahu bahawa ketika ini dia mahu menimba secukup ilmu agama.

“Kalau boleh saya tidak mahu pandang ke belakang semula. Mengenai kisah saya ke kelab malam itu rasanya tidak perlu untuk digembar-gemburkan lagi.

"“Apa yang dah berlaku, biarkan ia berlaku. Lagipun perkara ini dah berlaku dua bulan lepas. Dah basi dah pun. Biarlah ada orang nak nilai apa mengenai saya mengenai hal tersebut.

“Buat masa sekarang, saya perlu tumpukan perhatian kepada masa depan dan juga keluarga. Tak perlu nak sakit kepala untuk fikir perkara yang dah berlaku," ujarnya jujur.

Selain itu Sofia menambah, dia mahu meneruskan pencarian ilmunya dalam bidang agama bagi memastikan segalanya lengkap bagi menghadapi hari mendatang.

1 ulasan:

  1. Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    Forward by Pasar Taman Desa Jaya, Kepong, KL...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.