Halaman

Selasa, Oktober 09, 2012

BARU 24 TAHUN DAH KENA GASAK!!!




Bagaikan menurut stigma kebiasaan, wajah sering dijadikan antara faktor pemberian watak. Memiliki wajah jelita, sedikit raut sombong dan kelihatan garang, Reen tidak terlepas daripada skeptikal tawaran watak antagonis.

Mengakui sehingga kini, watak yang ditawarkan padanya selalu saja dalam kategori itu, dia teringin untuk berubah angin mencuba watak lain pula.

“Sejak menyertai rancangan Pilih Kasih 3 (PK3) lagi, asal saja watak antagonis, mesti akan diberikan kepada saya. 

"Kalau bukan watak jahat, mesti dapat watak yang lebih kurang sebegitu sehinggalah masuk ke industri sekarang pun, saya mengalami nasib sama.

“Bukan hendak mengeluh, apatah lagi saya ini masih terlalu baru dalam lakonan, tetapi saya risau nanti kebolehan sebenar saya tidak terserlah. 

"Saya takut nanti produser mahupun peminat hanya melihat saya dalam takuk itu dan melabel saya hanya mampu membawa satu watak saja.

“Menjadi impian bagi setiap pelakon untuk maju lebih ke hadapan dan diberikan peluang memegang watak yang pelbagai. Begitu juga saya, sekurang-kurangnya profil saya menjadi lebih kuat dan dipercayai,” katanya.

Sibuk menjalani penggambaran filem keduanya selepas Gangster Celop, bertajuk Balun, Reen amat berharap akan diberikan watak yang lebih mencabar lagi selepas ini.

“Laluan yang saya tempuhi untuk terus berdiri kuat dalam bidang ini tidak seindah seperti pelakon baru lain. 

"Namun, tidak pernah putus tawaran, saya sudah cukup bersyukur dan apa yang perlu saya lakukan sekarang hanyalah membuktikan kualiti lakonan saya.

“Oleh itu, kalau boleh saya mahu muncul dengan satu produk atau watak yang benar-benar buat orang mempercayai bakat saya. Saya ingin melakukan watak yang tidak ada dalam diri saya di dunia realiti.

“Contohnya watak yang saya dapat dalam filem Balun iaitu seorang wanita ranggi dan pandai bertarung. Sebenarnya, watak ini antara yang menjadi idaman saya dan tidak sangka pula tawaran itu datang sebelum saya sempat mempersiapkan diri.

“Sebelum ini juga, saya sudah ada perancangan untuk menghadiri kelas mempertahankan diri. Tiba-tiba dapat tawaran Balun, saya memang teruja sangat tapi pada masa sama, rasa macam kurang bersedia pula.

“Maka, untuk mendapat kepuasan diri, saya katakan pada pengarah, saya mahu melakukan sendiri aksi lasak yang membabitkan watak saya. 

"Nasib baiklah, kami turut diberikan latihan mempertahankan diri itu sepanjang penggambaran dijalankan. 

Dari situlah saya menyerap semua ilmu yang diajar dan setakat ini, saya berjaya melakukan semua aksi lasak berkenaan,” ujarnya yang turut bercadang menghadiri kelas tarian pula selepas ini.

Kerap mendapat watak pembantu dan belum pun diberi peluang menjadi teraju mana-mana drama ataupun filem, Reen tidak pernah langsung menganggap perkara itu ralat baginya.

“Mungkin ramai pelakon baru akan suka sekiranya diberikan watak utama, tetapi saya terus terang masih belum bersedia untuk itu. 

"Bukan tidak mahu, namun memegang watak utama bermakna ia satu tanggungjawab yang sangat berat.

“Saya sasarkan sekurang-kurangnya saya perlukan dua tahun untuk belajar menjadi pelakon yang bagus. 

"Memang ramai juga pelakon baru yang diberikan kepercayaan memegang watak utama, namun tidak langsung terdetik rasa cemburu.

“Itu bermakna, produser benar-benar yakin dengan kebolehan mereka dan saya percaya suatu hari nanti, sekiranya rezeki memihak, saya juga berpeluang merasai pengalaman itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.