Halaman

Selasa, Oktober 02, 2012

BILA MAHFUZ BEAN TUNJUK BIJAK DALAM MATEMATIK!!!


Memang sah kantoi!!! Hahaha... Nak buat macam mana beb. Dah dia memang tak pandai. Tapi, nak jugak tunjuk bijak, dah kantoi.

Semut tertarik dengan apa yang dijelaskan dalam blog Brader Din Turtle ni. Dia pun pelik jugak dengan cara Si Mahfuz Bean tu buat kira - kira. Berikut kenyataan Mahfuz:
Menurut Mahfuz, peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dalam belanjawan 2013 merudum sehingga RM2,118,519,100 berbanding RM4,581,995,900 dalam belanjawan 2012.

"Kita boleh memahami bahawa beberapa kementerian mengalami penurunan kecil peruntukan pembangunan masing-masing berikutan jumlah raksaksa untuk peruntukan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM), mungkin ada kaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Tetapi adalah tidak wajar dikorbankan peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran kerana ia boleh mengancam masa hadapan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai bertentangan dengan tradisi belanjawan negara sejak merdeka yang memberikan keutamaan kepada pelajaran.
Hah! Apa yang peliknya? Yang peliknya ialah angka yang disebut oleh Si Mahfuz Bean tu. Datang dari mana pulak angka RM 2,118,519,100.

Dalam ertikata pendeknya, Mahfuz kata belanjawan untuk Kementerian Pelajaran adalah lebih kurang sebanyak RM 2billion. Ye ke belajawan Kementerian tu sebanyak itu sahaja?

Meh kita semak semula dengan apa yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu membentangkan Bajet 2013 baru - baru ni:
Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Disamping itu ditambah lagi RM500juta untuk meningkatkan kemahiran guru, ditambah lagi RM1B untuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, ditambah lagi RM1.2B + RM380Juta untuk pendidikan pra sekolah .... KLiK
Nah!!! Rasanya lebih dari apa yang dipertikaikan oleh Si Mahfuz Bean ni. Dari mana pulak dia dapat angka - angka yang disebut diatas tu? 

Dia dengar ke tidak pembentangan bajet yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri hari Jumaat lepas? Ke dia tak masuk ke dalam Dewan lansung?

Jelas, niat sebenar Si Mahfuz Bean ni adalah untuk melaga - lagakan diantara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walaupun kedua - duanya tak de masalah pun.

Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean dan jugak puak - puak Pakatan Pembangkang ni dah tak de modal lain.

Hakikatnya, diorang takut melihat keakraban diantara PM dan TPM ni. Jadi, nak tak nak kena la diorang buat cerita yang bukan - bukan!!! Lagi pun, memang itu je kerja yang diorang tau buat pun!!! Nak suruh buat kerja lain diorang tak reti!!!

2 ulasan:

  1. kalau lulus PMR je hentikan lah. buat malu je. orang yang ada MBA atau Phd pun tak bising

    BalasPadam
  2. Dia tak tahu kira... tambah dan tolak dlm bentuk ayat buat dia keliru.. kena belajar dgn budak darjah 6 tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.