Halaman

Selasa, Oktober 02, 2012

KETUA PENERANGAN PKR SELANGOR DIBOGELKAN ASSMIN!!!


Kabinet Bayangan yang dicipta oleh Si Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini rupanya hanya Kabinet Bayangan dia sendiri. Ianya bukan rasmi.

Seperti mana yang biasa dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni, alasan yang cukup 'cliche' dan basi itu jugak la yang diorang akan gunakan.

Diorang akan kata yang cadangan Si Ketua Penerangan PKR Selangor tu hanya satu 'Pandangan Peribadi' dia sahaja. Dan itu yang dilakukan oleh Si Assmin ni.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, senarai 20 yang disebut-sebutkan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR).


"Kenyataan beliau (Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei) tidak rasmi, kita tak pernah bincang mengenai senarai calon untuk Kabinet bayangan.


"Itu hanya pendapat peribadi beliau dan senarai pilihan peribadi beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Dalam ertikata lainnya, Si Ketua Penerangan PKR tu berangan - angan sendirian. Dia kuat mengelamun sorang - sorang.

Tapi persoalannya sekarang, kenapa dia keluarkan kenyataan tersebut sebelum ini jika ianya bukan satu keputusan rasmi? Apa tujuan dia sebenarnya?

Adakah dia sengaja membuat kenyataan tersebut untuk memperbodoh - bodohkan rakyat dan cuba untuk menipu mereka semata - mata?

Walau apa pun alasannya, hakikat ini tidak dapat nak dinafikan lagi. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak ada kerja lain. Nak suruh jaga Kebajikan rakyat, diorang tak tau. Jadi, menipu rakyat tu aje la kerja diorang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.