Hah!!! Tak habis lagi isu yang berkaitan dengan Si Faekah Muka Berminyak ni rupanya. Masih banyak lagi yang menjadi pertikaian.
Yang paling baru ialah mengenai keahlian dia. Perkara tersebut dibangkitkan oleh Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor dalam satu sidang media baru - baru ni.
Selain mendesak agar Si Faekah tu dipecat dari menjadi Setiausaha Politik kepada Si Khalid Gagap tu, MPN Selangor jugak menyarankan agar keahlian Faekah disemak semula.
SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor akan merujuk pimpinan tertinggi negeri sebelum bercadang untuk mengemukakan surat desakan mengkaji semula status keahlian Faekah Husin dalam parti itu.Pengarah Pilihan Raya negeri, Borhan Aman Shah yang dihubungi berkata pihaknya akan memaklumkan kepada media dalam masa terdekat selepas mendapat kata putus dari pucuk pimpinan PKR."Setakat sekarang ni saya tak mahu komen apa-apa lagi, mungkin kita akan rujuk pihak negeri dulu. Sebab apa-apa pun kita akan rujuk dan apa-apa nanti kita akan umumkan kepada media," katanya kepada Antarapos.
Hah!!! Apa pulak yang tak kena dengan keahlian Si Faekah tu sampai ianya perlu dikaji semula oleh pihak pimpinan PKR Pusat? Dia bukan ahli PKR ke?
Tidak. Itu bukan persoalan yang dibangkitkan oleh mereka. Sebaliknya, kelayakkan Si Faekah tu yang menjadi tanda tanya.
Mereka mempersoalkan bagaimana mungkin seorang 'Ahli Biasa' boleh mengkritik seorang pemimpin yang berjawatan Timbalan Presiden kepada parti.
Itu sahaja yang menjadi pertikaian mereka? Apa, tak boleh ke seorang 'Ahli Biasa' menegur pemimpin tertinggi jika ianya untuk kebaikkan partinya sendiri?
Dimana letaknya Kebebasan Hak Bersuara yang selama ni diperjuangkan oleh puak - puak PKR tu? Adakah itu caranya mereka memberi Kebebasan kepada ahli?
Bayangkan. Kalau seorang ahli macam Si Faekah ni pun dipersoalkan oleh parti kerana menyuarakan pandangannya, kita yang tak de kena mengena ni, macam mana pulak?
Nampak sangat la yang diorang ni pun tak faham apa dia Kebebasan Hak Bersuara tu. Jadi, macam mana diorang nak perjuangkan Hak Kebebasan tersebut? Itu Kebebasan Bersuara Kepala Tengkorak dia!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.