Halaman

Khamis, Oktober 11, 2012

WAIMA YAHUDI SEKALI PUN, PAS APA PEDULI!!!


Demikian kesimpulan yang boleh kita katakan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS ni. PAS hari ni dah tak peduli. Asal dapat kuasa, semuanya Halal belaka.

Waima mereka bekerjasama dengan Yahudi sekali pun, PAS tak kisah. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk mendapat kuasa.

Apa sahaja kebarangkalian yang akan datang kemudian tidak lagi diendahkan. Tidak lagi diambil kira oleh kepimpinan parti tersebut. Itu yang dikatakan sebagai perjuangan Islam?
KOTA BAHARU 11 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.

"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

Agak - agak la wei!!! Kot ye pun Gila Kuasa, jangan la sampai buta sangat. Jangan jumudkan pemikiran tu hanya semata - mata keRakusan dan ketamakkan kuasa ni.

Adakah PAS ingat yang mereka akan dapat terus memperjuangkan Islam sekiranya mereka terus tunduk dan patuh kepada DAPigs?

Adakah mereka ingat yang mereka mampu mengubah pendirian DAPigs yang memang jelas, terang dan nyata menentang Islam sejak sekian lama?

Bagaimana mungkin kenyataan seperti ini dapat dilaksanakan sedangkan DAPigs masih tetap menjadikan Islam sebagai musuh utama mereka?

Adakah PAS lupa bahawa mereka sanggup menggadaikan perjuangan Islam hanya semata - mata untuk memenuhi tuntutan DAPigs?

Sudah la!!! Jangan ingat rakyat Malaysia ni semuanya bodoh belaka. Jangan ingat rakyat Malaysia ni tak tahu agenda puak - puak DAPigs tu. Jadi, jangan la mengabihkan masa buat kerja yang bukan - bukan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.