Halaman

Selasa, Oktober 16, 2012

LANGAT 2: KHALID GAGAP MEMENG PERLU RAWATAN ALTERNATIF!!!



Ketidak-prihatinan Khalid Gagap ni nampak gayanya sudah ke satu tahap yang kritikal dimana dia amat memerlukan rawatan segera bagi menangani masalah air di Selangor.

Sebelum ini, Khalid mahu mengadakan sidang DUN Khas bagi membincangkan isu tersebut sebelum tindakan yang lebih affermatif diambil bagi mengatasi masalah air di Selangor.

Tindakan Rejim PKR yang dipimpin oleh Khalid ni menunjukkan bahawa mereka sengaja mahu melengah – lengahkan tindakan segera yang amat – amat didahagakan oleh rakyat.

Walaupun isu tersebut dah dibentang dalan sidang DUN sekali pun, bukannya Rejim PKR pimpinan Khalid nak selesaikan masalah tu secepat mungkin. 

Entah berapa banyak lagi mesyuarat demi mesyuarat yang hendak dilakukan sebelum tindakan sebenar dapat dilaksanakan.

Kali ini, Khalid tampil pula dengan cadangan untuk mempertimbangkan kaedah rawatan alternatif bagi menggantikan rawatan loji yang biasa diguna-pakai di Malaysia. 

Kononnya, kata Khalid, rawatan yang menggunakan Teknologi Membran ini akan menjimatkan kos dari membina loji rawatan yang biasa.

Dalam kenyataan medianya, Khalid menjelaskan bahawa kaedah rawatan ini diimport dari sebuah syarikat yang berpengkalan di Kanada dengan anggaran kos sebanyak RM 800juta.

Katanya, sistem tersebut mampu mengeluarkan jumlah air sebanyak satu juta liter (1juta) sehari bersamaan dengan kapasiti yang juga mampu dihasilkan melalui projek loji Langat 2.

Mungkin bagi Khalid, anggaran RM800juta sudah begitu murah untuk penyediaan loji rawatan tersebut namun adakah dia mengambil kira perkara – perkara lain?

Sudahkah dia mengambil kira mengenai kos penyelenggaraan baru yang perlu diwujudkan bagi memastikan loji tersebut berfungsi dan berjalan seperti biasa?

Berapa lama pulak nak hantar petugas – petugas tersebut untuk mempelajari selok belok dan kaedah untuk menyelenggarakan sesuatu yang tak pernah mereka lakukan sebelum ini? 

Apa yang jelas, cadangan Khalid ini merupakan satu lagi langkah untuk melengah – lengahkan perlaksanaan Loji Langat 2 yang sepatutnya sudah berjalan pada ketika ini.

Rakyat Selangor bukan mahu teknologi baru dalam penyediaan air di Selangor bagi kegunaan harian mereka. Rakyat perlukan bekalan air bersih!!! Itu pun dia tak faham ke!!!

Agaknya, bukan bekalan air tu yang perlu rawatan Alternatif, tapi Si Khalid ni pun memerlukan rawatan alternatif sebab mungkin otak dia dah rosak!!! Itu pasal la dia suka bagi alasan yang bukan – bukan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.