Hadus!!! Bila nak berbicara pasal Si Mahfuz Bean ni kadang - kadang letih jugak. Setiap kenyataan dia bagi dalam media memburukkan diri dia sendiri.
Dia ni kalau bercakap macam orang tak guna Kepala Otak. Dia suka sangat guna Kepala Lutut. Mungkin sebab tu la dia GAGAL dalam SRP. Pun ada hati nak jadi pemimpin konon.
Terbaru, Si Mahfuz Bean ni komplen pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik atau yang lebih dikenali sebagai AES.
Kononnya, kata Mahfuz, sistem tu telah pun ditenderkan kepada pihak ketiga yang ada kaitan dengan MCA yakni yang berbangsa Cina.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M)."AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu. Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya."Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan? Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.
Disitu sahaja telah memperlihatkan bahawa Si Mahfuz ni bersikap Rasis dengan mempersoalkan mengenai kelebihan bangsa Cina dari kalangan MCA.
Yang kedua, pertikaian dia mengenai sistem tu nampak sangat tak masuk akal. Adakah dia ingat yang sistem tersebut dikawal oleh syarikat terbabit?
Yang keluarkan saman tu kepada pesalah guna jalan raya ni syarikat tu jugak ke? Yang memantau kamera AES tu pihak syarikat tu jugak ke?
Kebiasaannya, syarikat seperti itu hanya diberi tanggungjawab untuk membawa masuk kelengkapan, memasang dan menyenlenggara sistem itu sahaja.
Yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengeluarkan saman tetap jugak pihak berkuasa. Bukannya pihak syarikat tu. Takkan la benda itu pun dia tak tau kot?
Nampak sangat la Si Mahfuz Bean ni cuba untuk mempengaruhi rakyat dalam pemikiran jumud seorang pelajar yang GAGAL dalam SRP seperti dia. Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam dia gamaknya!!! Kalau dah bengap tu, bengap la jugak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.