Wah!!! Ingatkan Pak Mus ni tak terasa bila dia dikatakan nyanyuk oleh Si Assmin tu sebelum ini. Rupanya terasa jugak dia ye.
Tapi, ye la. Siapa yang tak marah ye tak. Dia orang tua. Sepatutnya, Si Assmin tu kena hormat pada dia. Tinggal lagi, perkataan 'Hormat' ni tak de dalam kamus Assmin.
Mana tidaknya. Sedangkan ibu yang mengandungkan dia selama 9 bulan pun boleh dipinggirkan begitu sahaja, inikan pulak Pak Mus yang tak ada kaitan lansung tu.
Jadi, tak heran la dengan komen yang diberikan oleh Si Assmin tu terhadap Pak Mus sebelum ini berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor tu.
“Saya tidak perlu komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia," katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin lapor Utusan Malaysia di sini hari ini.
Namun sebaliknya, yang lebih kecewa mengenai kenyataan tu ialah Si Faekah Setpol. Dia bengang betul bila kena hentam dek Assmin ni dalam laman sosial tu.
Beria - ia betul dia mempertikaikan tindakan Si Assmin. Kata dia Si Assmin tu tak layak untuk membuat kesimpulan sedemikian.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.
Wah!!! Bukan main marah lagi dia ye. Sampai tahap dia mempertikaikan lagi kedudukan dan jawatan Si Assmin tu sebagai Timbalan Presiden PKR.
Soalnya, kenapa pulak Si Faekah tu nak marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Assmin tu? Bukan ke dia hanya menggunakan Kebebasan Hak untuk dia bersuara.
Takkan itu pun salah jugak kot. Bukan ke diorang jugak yang memperjuangkan Kebebasan tersebut? Tapi, sekarang, kenapa pulak Si Assmin tu tak boleh bagi pendapat dia?
Nah!!! Nampak sangat la puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya hanya Retorik dalam berkata - kata. Setakat bercakap je pandai. Tapi bila berhadapan dengan realiti, diorang sendiri GAGAL!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.