Nah!!! Itu soalan yang sewajarnya diajukan kepada puak - puak Parti Angguk Saja tu. Sebelum ini diorang keluarkan kenyataan pasal Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu.
Kononnya, kata diorang, Kerajaan Pusat telah melakukan satu dosa besar kerana tidak membina jalan tersebut untuk kegunaan rakyat.
Malah, sewaktu Majlis Pecah Tanah untuk membina 'Lebuh Raya Rakyat' tu, Si Nik Aziz tu kata, buat jalan ni boleh dapat pahala.
Maka sebab tu dia mintak supaya rakyat bersama - sama dengan Rejim PAS Kelantan untuk sama - sama menyumbang bagi membina lebuh raya tersebut.
Perkara tu memang tak dinafikan. Buat jalan ni dapat pahala. Tapi, yang jalan lain dibina oleh pihak Kerajaan, Si Nik Aziz nak kira apa? Nak kira berdosa pulak ke?
Sesuka hati diorang je nak buat hukum terhadap orang lain ye. Sesuka hati diorang je nak ubah fatwa ikut sedap anak tekak diorang.
Sekarang, Menteri Kerja Raya dah dedahkan bahawa Rejim PAS Kelantan tak pernah pun hantar permohonan nak mintak buat Lebuh Raya tu. Apa pulak diorang nak kata?
Andaikata la, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk membina Lebuh Raya tu, apa yang Rejim PAS Kelantan nak kata?
Diorang nak kata yang Kerajaan ni prihatin terhadap rakyat? Jangan harap la!!! Paling tidak pun diorang akan kata yang diorang dah berjaya buktikan Kerajaan tak bertanggungjawab.
Itu je alasan yang diorang akan bagi. Tapi persoalan yang lebih besar diorang perlu jawab ialah, apa akan jadi dengan duit derma yang telah diberikan oleh rakyat sebelum ni?
Sudah la duit - duit sumbangan tu semuanya tak direkodkan secara 'detail', tak de pulak orang yang buat audit. Jadi, jangan heran la kalau duit - duit tu semua hilang dalam poket puak - puak PAS ni. Poket diorang tu memang ada 'Bermuda Triangle'!!!
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, beliau hanya dihubungi seorang exco kerajaan negeri itu bagi memaklumkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tidak bertol berkenaan."Saya setuju kalau nak bincang atau minta bantuan teknikal. Tapi nak bina lebuh raya tidak bertol ini kalau tak silap saya akan menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.Bagaimanapun Shaziman berkata, kerajaan persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)."Kerajaan pusat akan laksanakan, cuma berperingkat-peringkat. Kalau nak bantuan teknikal atau kerjasama kita boleh bagi. Cuma saya tak yakin sangat boleh kutip derma."Kerajaan tak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu-Kuala Krai. Projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.