Halaman

Khamis, Oktober 18, 2012

NEELOFA BIKIN MALU SAMA SI KETUA PENIPU!!!

 
Neelofa yang ditemui selepas sidang media Anugerah Skrin 2012 di Hotel Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara menegaskan, ada perkara yang kurang tepat mengenai perkara itu.

Namun, Neelofa, 23, mengakui penerbit berusia 41 tahun itu adalah antara kawan rapatnya kini.

“Isu ini sudah dimainkan sejak setahun lalu, ketika kami mula terlibat dengan pembikinan Lemak Kampung Santan. Lofa bukanlah nak menafikan atau menidakkan tentang persahabatan kami. Tapi sememangnya sejak awal lagi kami hanya berkawan.

“Namun ada kala masanya, Lofa perlu simpan sedikit kisah peribadi Lofa. Tapi jika sudah betul-betul pasti ke satu tahap yang lain, Lofa akan dedahkan kepada peminat. Lofa tidak akan berahsia,” ujarnya yang mesra disapa dengan panggilan Lofa.

Neelofa menjelaskan, dia bukan terpaksa memilih untuk merahsiakan hubungannya dengan Hans kerana isu agama, sebaliknya tidak mahu ada salah faham lain yang akan timbul kelak.

“Ia bukan melibatkan isu agama atau keluarga semata-mata, tapi Lofa sebagai 'public figure', orang akan perhatikan tindak tanduk Lofa. Untuk Lofa keluarkan apa-apa kenyataan, ia perlu difikirkan betul-betul.

“Sebab kadangkala ada isu yang kecil, tapi kesannya besar. Jadi buat masa sekarang, Lofa mahu simpan sedikit hal personal Lofa dan jika sudah tiba masanya, Lofa akan beritahu,” katanya yang akan mengacarakan Anugerah Skrin pada 7 November ini bersama Awal Ashaari.
Ps: Dengan secara tak sengajanya, Si Neelofa ni telah memalukan Si Ketua Penipu tu secara tak lansung melalui kenyataan yang diberikan diatas.

Mana tidaknya. Si Neelofa ni masih lagi mengambil kira soal maruah agama dan keluarga serta dirinya sendiri apabila dihimpit kontroversi.

Tapi, Si Ketua Penipu tu tak macam tu pulak. Walaupun satu isu tu jelas mencemar maruah diri, keluarga, bangsa dan agama, dia sikit pun tak peduli.

Bagi Si Ketua Penipu tu, maruah agama dan bangsa serta Negara ni tak penting. Inikan pulak kalau nak suruh dia ambik peduli pasal maruah Negara. Lagi la dia buat tak tau!!! Itu pasal la dia suka memburuk - burukkan Negara sesuka hati dia je!!!

1 ulasan:

  1. Salam Mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.