Halaman

Sabtu, Oktober 13, 2012

NURUL IZZAH SUKA PAPANYA DICOP ISLAM LIBERAL!!!


Apa maksudnya Islam Liberal? Itu soalan seorang rakan kepada Semut baru - baru ini. Jawapan mudahnya ialah Islam yang terbuka dimana semua benda boleh buat.

Islam Liberal ni menolak Islam yang kita semua sedia faham. Islam Liberal ni lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan Syiah atau Wahabi.

Islam Liberal ni membenarkan umat Islam keluar masuk Islam seperti bertukar baju. Hari ni Islam, esok boleh jadi Kristian, Yahudi atau sebagainya. Kemudian masuk Islam balik.

Itu pengertian ringkas mengenai Islam Liberal. Nak tau lebih 'detail' pasal Islam Liberal ni, nanti kita buat kupasan mengenainya. 

Apa yang pasti, Si Ketua Penipu tu memang seorang yang mengamalkan Islam Liberal dimana bagi dia, semua umat Islam ni boleh buat sesuka hati dia tanpa sebarang kekangan.

Maka sebab itulah dia kata, kalau rakyat nak buat maksiat dalam bilik sekali pun, tidak ada hukum yang boleh melarangnya kerana ianya Hak Kebebasan mereka. 

Waima, penguatkuasa pun tak de hak nak ambik apa - apa tindakan. Termasuk la dari kalangan umat Islam sendiri. Bagi dia, perkara tu tak salah sebab ianya hak peribadi.

Tapi mungkin sebab itulah Si Nurul Izzah ni suka sangat Papa dia dicop sebagai Islam Liberal ni. Kalau tidak, kenapa dia tak jawab kecaman yang dinyatakan oleh Dr. Haron Din ni? Nampak sangat la yang anak beranak ni memang pengamal Islam Liberal yang tegar!!!
Sharifudin Jamil – Rumusan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai caragaya politik Anwar Ibrahim amat serius. Bagi beliau Anwar ada cara tersendiri bagi mengaut laba politik dan pendekatannya itu tidak berlandaskan Islam.
Sesungguhnya Dr Haron seorang ulama dan ahli akademik yang amat berhati-hati ketika berhujah. Justeru dalam kes Anwar ini, beliau nampaknya begitu fokus dalam pemerhatiannya.
Bagi Dr Haron, Anwar kian cenderung melandaskan pemikiran politiknya pada pemikiran Islam liberal yang dianggapnya agak memudaratkan kepentingan Islam.
“Jangan kita rujuk kepada orang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Ye lah Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan,” katanya.
Dr Haron berharap umat Islam di Malaysia, terutama penyokong PAS, tidak terkeliru hingga menyamakan fahaman liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR itu dengan perjuangan PAS yang mahu menjadikan Islam sebagai asas membentuk sebuah negara. - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.