Halaman

Sabtu, Oktober 13, 2012

SEMUT AKUI, KHALID GAGAP NI MEMANG CUKUP HEBAT!!!


Ya!!! Mahu atau tidak, terpaksa jugak la Semut ikhtiraf bahawa Si Khalid Gagap ni memang seorang pemimpin yang Hebat. Kehebatan dia mengalahkan orang lain.

Malah, dia mampu mengatasi kehebatan Si Ketua Penipu tu walaupun Si Ketua Penipu tu pernah beraksi 'Panas' dengan Chinadoll.

Memang tak sia - sia la Si Khalid Gagap ni bercakap besar selama hari ini. Memang kena sangat la dia mendabik dada bila berceramah depan rakyat.

Selama ni, Si Khalid Gagap tu kata dia seorang Menteri Besar Selangor yang lebih baik dari yang sebelum - sebelum ini. Terutama sekali dari kalangan pemimpin Barisan Nasional.

Waima Si Khir Toyo tu pun tak mampu nak mengatasi kehebatan Si Khalid Gagap ni. Mana tidaknya. Hanya dia sorang je Menteri Besar yang disaman beribu - ribu rakyat hanya semata - mata janji dia tak mampu nak tunaikan. Jadi, siapa yang berani lawan!!!
SHAH ALAM – Kemelut tuntutan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma (SAP) yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih belum berakhir apabila kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaman lagi oleh rakyat semalam.
Semalam, seramai 1,515 pengguna air di negeri itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri yang dinamakan sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua bagi mendapatkan tunggakan subsidi air berjumlah RM863,550.
Turut disaman ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang mengeluarkan bil air bulanan kepada plaintif. Syabas dinamakan sebagai defendan ketiga.
Plaintif pula merupakan penduduk dari tiga kawasan iaitu perumahan pangsapuri Putra Perdana di Sepang; Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Taman Medan, Petaling Jaya dan Seksyen 6 di sini.
Plaintif pertama, Rushdan Mohamed, 41, bersama 1,514 pengguna memfailkan tuntutan saman di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguam, Kamarudin Ahmad dari Tetuan Kamarudin & Partners kira-kira pukul 10 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.