Halaman

Isnin, Disember 31, 2012

2013 DAH WEI!!!


Lagi 15 minit lagi kita bakal melangkah ke tahun 2013. Maknanya, kita akan meninggalkan 2012 dengan banyak kenangan dan berita - berita yang sensasi.

Kalau nak disenaraikan rentetan 2012 memang banyak beb. Tak muat pulak kalau nak ditulis dalam satu artikel. Panjang bebenor listnya nanti.

Walau apa pun, sepanjang 2012 ni, kita sedikit sebanyak telah mengenali dengan lebih dekat sifat - sifat buruk puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Kita dah lihat bagaimana diorang merompak tanah - tanah milik Kerajaan tanpa mengakuinya dan berbohong kepada rakyat.

Kita dah dengar dan lihat sendiri bagaimana pemimpin mereka memperjuangkan idealisme Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu.

Kita dah tengok bagaimana biadapnya mereka menghina dan memperlekehkan agama Islam secara terang - terangan tanpa rasa segan silu.

Kini, 2013 menjelma. Banyak lagi pendedahan - pendedahan yang akan dipaparkan buat tontotan rakyat agar mereka dapat menilai sejauh mana bagusnya Pakatan menipu.


Yang pasti, 2013 ni memang sangat - sangat dinanti - nantikan sebab Pilihan Raya Umum bakal berlansung juga akhirnya. Mahu atau tidak, ianya perlu dibuat.

Kalau ikut sesetengah kepercayaan karut orang, angka 13 ni membawa malang. Tapi, sebagai umat Islam, kepercayaan macam tu semua mengarut belaka.

Apa yang penting, kita perlu berusaha dan bekerja keras bagi mencapai apa yang kita inginkan. Sentiasalah beramal dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. 

Insya Allah, semuanya akan dipermudahkan. Sesungguhnya, kita manusia hanya mampu merancang. Yang menentukan hanya Allah S.W.T jua.

Maka dengan itu, Semut ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pembaca dan pengunjung setia blog Semut ni. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas. 

Untuk itu, Semut tinggalkan korang dengan memaparkan video kat bawah ni semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan pedoman buat korang. Kita jumpa tahun depan pulak ye. Layan!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.