Halaman

Isnin, Disember 31, 2012

HADI AWANG KENA JERAT SENDIRI!!!


Lawak betul tengok Presiden PAS sorang ni ye. Dia yang pasang jerat, akhirnya dia sendiri yang terperangkap. Itu la. Nak sangat tunjuk pandai.

Dia ingat, dengan membuat permintaan kepada pihak media sebelum ni boleh menambahkan lagi modal untuk dia berpolitik. 

Dia ingat orang tak nak bagi dia muncul dalam TV. Sekali, lain pulak dah jawapan yang dia terima. Permintaan dia tu disambut dengan tangan yang terbuka.

Disebabkan itu la Si Hadi Awang ni jadi buntu. Puas la dia fikir macam mana dia nak konar balik kenyataan yang dia buat sebelum ini.

Nak tak nak, 'cover line' punya pasal, terpaksa la dia keluarkan jawapan yang cukup 'cliche' macam ni. Walhal semua orang dah tau taktik dia.

Kalau betul dia berniat ikhlas nak buat penjelasan mengenai isu Amanat yang dikeluarkan sebelum ini, dia nak risau apa sama ada ianya berbentuk rakaman atau pun siaran lansung?

Dia kata, kalau ianya tidak disiarkan secara lansung dan dibuat secara rakaman, nanti orang boleh tipu. Pulak dah!!! Dah dituduh orang menipu pulak.

Belum pun dia nak muncul dalam televisyen, dah macam - macam pulak dakwaan yang dia buat. Tu menunjukkan yang dia tak ikhlas nak buat penjelasan.

Kalau dia rasa stesen televisyen tu nak menipu, buat menda jadahnya dia mintak untuk muncul dalam televisyen selama sejam tu? Sekadar nak pasang perangkap je ke?

Yang paling heran sekali ialah kenapa dia sibuk - sibuk nak muncul dalam televisyen kerajaan sedangkan sebelum ni dia jugak yang beria- ia kecam?

Bukan ke dia jugak yang kata televisyen ni tak boleh percaya dan tak boleh jadi bahan bukti sebab ianya besi? Jadi, untuk apa dia nak keluar TV?

Waima dia muncul dalam televisyen secara lansung atau pun secara rakaman, orang bukan boleh guna penjelasan yang dia berikan nanti sebab semua tu besi.

Kan dia jugak yang cakap macam tu sebelum ni? Sekarang, besi yang dia maksudkan tu dah jadi halal ke? Dah boleh pakai dah la ye sebab dia nak masuk TV?

Memang dasar orang tak sedar diri. Bercakap pun main ikut sedap mulut je. Bukannya dia fikir pun apa yang dia cakap sebab dia banyak guna Kepala Lutut. Itu pasal la dia boleh masuk perangkap yang dia pasang sendiri!!!
KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

3 ulasan:

  1. dia ni memang bodoh, live telecast pun org boleh edit. tapi, TV / video itu kan besi. mana boleh pakai.

    BalasPadam
  2. Buat kat TV mane puak2 dia nak tengok. Cuba buat kat Masjid Rusila, ramai juga anak murid dan anak buah dia yang dah di ajar untuk menjadi guru yang layak mengajar ABC tu. Tentu ramai lagi yang akan datang dan gerenti tak cukup ruang masjid tu. Ape kata..... setuju tak.










    BalasPadam
  3. salam
    senang jer jawapannya dia nk masuk tv dan bg penjelasan tentang amanat dia tu tak kira la sejam ker satu minit ker 24 jam ker tapi akhirnya bl di tontonkan pd rakyat dia akan jawap tv tu besi tak leh jadi bukti.. tak gitu... jawapan yg mudah dan telahpun di lontarkan kepada media eletronik.. dasar spiner...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.