Maaf. Semut bukannya nak kritik apa yang golongan artis ni buat. Tapi, itu pandangan yang diberikan oleh Si Ostazah Pening tu sebelum ni.
Dia jugak yang cakap. Tak halal rezeki yang artis - artis ni dapat selagi diorang tak ikut apa yang diajar oleh PAS. Jadi, lebih kurang la diorang ni menghabiskan masa. Tak gitu Ostazah?
PETALING JAYA: Seramai 16 artis turun padang berniaga menerusi barangan jualan masing-masing di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.Menurut penganjurnya, Yusmarul Ariff, 27, Femes Bazaar akan bermula pada Sabtu dan hari ini dan para pengunjung dapat membeli belah dengan nilai harga yang sangat berpatutan selain dapat beramah mesra dengan selebriti kegemaran masing-masing."Ini merupakan penganjuran pertama yang melibatkan ramai selebriti dan ternyata ia benar-benar meriah apabila Rasta dipenuhi dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan muda terutamanya."Menarik lagi, seramai 35 daripada mereka merupakan pengusaha blog yang sudah mempunyai nama di laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga turun padang untuk mempromosikan produk mereka," katanya ketika ditemui di Rasta bersama 16 peniaga selebriti di Rasta, petang Sabtu.Antara selebriti yang terlibat ialah Sazzy Falak, Aishah Sinclair, DJ Fuzz, Kilafairy, Mizz Nina, Noh Salleh, Forteen, Karl Shafek, Raja Farah, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.Femese bazaar dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.Kebanyakan jualan barangan telah diturunkan kepada harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga asal yang biasa dijual di laman internet mahupun kedai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.