Halaman

Ahad, Disember 30, 2012

UNTUNG BERJUTA TAPI KEDEKUT!!!


BARANGKALI ramai yang terbaca cerita pembabitan artis ini dalam bisnes. Kerajaan kita sendiri memang mengalukan pembabitan golongan muda termasuk artis dalam bidang bisnes yang menawarkan pulangan sebagai jaminan masa depan.

Maklumlah, sampai bila artis kita nak berlakon kerana setiap hari ada saja bakat baru yang lebih hebat dan muda mewarnai bidang seni tanah air. 

Apabila mendapat tahu perkembangan bisnes yang diceburi artis ini agak memberangsangkan, rakan SS yang juga wartawan dari meja ekonomi sebuah akhbar tempatan pun berminat menemubual artis ini untuk dipaparkan dalam ruangannya. 

Justeru, pertemuan pun diatur rakan SS dengan artis ini di sebuah lokasi di ibu kota, baru-baru ini. Kata rakan SS, artis ini memang bangga dan sangat rancak bercerita perkembangan bisnesnya yang khabarnya berjaya menembusi pasaran hingga ke Dubai.

Wah hebatnya artis itu kerana mampu memasarkan produk tempatan ke luar negara. Rakan SS pun tumpang bangga bila artis itu bercerita mengenai keuntungannya yang berlipat kali ganda dan mencecah jutaan ringgit itu.

Selepas selesai sesi temubual, artis itu pun mengajak rakan SS dan jurugambar untuk makan tengah hari di sebuah restoran berhampiran. 

Dari gaya artis itu bercakap, pada pandangan rakan SS, pastilah artis itu ingin menjamunya dan jurugambar kerana berminat menulis cerita mengenai bisnesnya itu. 

Dengan senang hati, rakan SS pun mengikut sajalah apabila artis itu menempah pelbagai juadah makanan yang lazat di restoran itu. Takkanlah rakan SS nak tolak kalau rezeki sudah depan mata. 

Namun, alangkah terkejutnya rakan SS, selepas mereka selesai menjamu selera, artis itu tanpa segan silu meminta rakan SS pula yang menjelaskan semua bil petang itu. 

Dengan perasaan bengang, rakan SS terus ke kaunter untuk menjelaskan semua bil sebelum beredar dari restoran berkenaan. 

Kata rakan SS, dia tidak ingin memanjangkan perkara itu walaupun dalam hati dia cukup serik untuk menemubual artis berkenaan pada masa akan datang. 


Ps: Huh!!! Sama la dengan perangai buruk Si Nik Aziz tu. Dia dapat untuk bukan main lagi. Tanah berpuluh hektar dia rembat.

Tapi mengakala nak membantu rakyat, jangan harap la. Jual barang peribadi pun hanya sekadar wayang je. Nak pancing undi.

Kalau dia gunakan semua keuntungan tu untuk membantu rakyat tahan jugak. Ini tidak. Dia guna untuk kepentingan Politik menda kejadahnya. Kalau macam tu, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.