Halaman

Jumaat, Disember 21, 2012

AZWAN ALI PUN TENYEH SI OSTAZAH PENING???


Ai, biar betul Si Azwan ni? Dah buang tebiat apa ke dia ni? Berani dia nak tenyeh muka Si Ostazah Pening tu? Tak takut kena sembur dek Ostazah tu ke?

Tapi, jika difikirkan dari satu sudut, apa yang Si Azwan cakapkan tu memang betul. Bukan setakat artis je kena ada ilmu kalau nak berpolitik.

Malah semua manusia pun macam tu jugak. Kena la ada ilmu cukup didada sebelum nak membicarakan tentang sesuatu perkara.

Memang kena sangat la teguran sedemikian dilemparkan kepada Si Oztazah Pening tu. Dia pun memang dah jauh dah menyimpang dari niat asal.

Dulu, dia kata dia nak berubah. Nak menurut ajaran Islam. Tapi, Islam mana pulak yang ajar dia buat fitnah dan maki hamun orang sesukan hati? 

Islam PAS mungkin la ajar dia macam tu. Tinggal lagi, Islam yang sebenar tak pulak menyuruh umatnya bertindak luar batasan.

Dan ada bagus jugak bagi Si Ostazah Pening tu belajar agama sampai habis. Jangan baru kenal 'Alif, Ba, Ta' dah pandai sangat nak keluarkan fatwa yang bukan - bukan!!! Buat sesat orang je kerja dia!!!
mSTAR - Kini ramai di kalangan mereka (artis) yang melibatkan diri dalam kancah politik dengan pelbagai matlamat dan agenda. Kesinambungan pembabitan artis dalam politik bukanlah suatu yang asing pada masa sekarang.
Jika kita imbas beberapa figura politikus terkemuka dunia juga lahirnya di kalangan artis. Lihat sahaja teraju utama filem Love Is on The Air iaitu Ronald Reagan yang berjaya mewakili Amerika Syarikat sebagai Presiden, hero The Terminator, Arnold Schwarzenegger menakluki California sebagai Gabenor manakala Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina.
Tidak ketinggalan Amitabh Bachan dan MG Ramachandran juga merupakan artis yang menjadi ikon politik di India.
Namun, keterbukaan beberapa artis tempatan sejak kebelakangan ini yang mengambil bahagian dalam parti politik dilihat sedikit sebanyak memberi kejutan dan tempias buat pemerhati industri hiburan dan juga penganalisis politik di Malaysia.
Adakah pembabitan mereka ini (artis) mampu mengubah satu landskap politik baru untuk Malaysia ataupun penglibatan yang dikatakan hanya sekadar untuk merintih populariti semata-mata?
Dalam konteks Malaysia sendiri, trend artis berkecimpung dalam politik sudah bermula sekitar tahun 2000 lagi apabila ketika itu dunia seni diberitakan tentang penyertaan Erra Fazira dan Erma Fatima dalam pergerakan Puteri UMNO yang pada ketika itu merupakan sayap baru parti tersebut.

1 ulasan:

  1. Contoh yg dibagi tak kena dgn apa yg sdg berlaku.... Malas nak ulas lanjut sbb nanti depa marah. Sedar2 diri tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.