Halaman

Jumaat, Disember 21, 2012

BETUL SANGAT KATA PAK MUS TU!!!


Ye... ye. Memang Semut setuju sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Parti Angguk Saja ni. Setuju Seratus Peratus!!!

Pak Mus kata, Si Nik Aziz tu masih lagi relevan dalam Politik masa kini. Memang betul la tu. Tak de pulak orang sangkal mengenai perkara tersebut.

Kalau Si Nik Aziz tu bertanding pun, apa ada hal. Tak de masalah pun. Lagi bagus sebenarnya. memang ianya dialu - alukan sangat.

Kalau dia tak bertanding nanti, siapa pulak yang nak gantikan dia? Siapa pulak yang nak buat macam apa yang telah dilakukan selama hari ini?

Kalau ada Si Nik Aziz tu, sekurang - kurangnya ada jugak orang boleh buat fatwa songsang. Bila dia tak de nanti, siapa pulak yang nak buat semua benda tu?

Nak harapkan Pak Mus yang ganti tempat Si Nik Aziz tu? Jangan harap la. Pak Mus tu bukannya tau apa - apa melainkan meroyan je tak tentu arah.

Kalau nak harapkan Hadi Awang tu buat fatwa sendiri pun jangan mimpi la. Dia pun dok asyik tidur je dah sekarang ni. Mesyuarat pun banyak dah dia tak pergi.

Maklum la. Orang tak nak bertanding tapi dok paksa jugak. Apa lagi yang dia boleh buat selain daripada tidur je kerjanya. Kalau kalah pun dia dah tak kisah.

Jadi, memang patut sangat la Si Nik Aziz tu kekal bertanding dalam PRU yang akan datang. Sekurang - kurangnya, boleh jugak rakyat jadikan bahan untuk menilai sama ada PAS tu benar - benar perjuangkan Islam atau sekadar menjadikan Islam tu sebagai alat!!!
SHAH ALAM - Pas menegaskan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih relevan untuk menjadi salah seorang calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang telah diputuskan oleh pihaknya meskipun masalah kesihatan beliau dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, pendirian Nik Aziz untuk bertanding dalam PRU13 adalah keputusan parti yang masih memerluka beliau untuk bersama memimpin.

Beliau berkata, Nik Aziz dan juga Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih relevan dan Pas mempunyai pertimbangan tersendiri untuk mengekalkan kedua-dua calon tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.