Halaman

Khamis, Disember 27, 2012

CHE TA AKHIRNYA DAPAT LUAHAN CINTA!!!


Benar kata orang, kalau tidak angin masakan pokok bergoyang. Pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah lama digosipkan bercinta. Namun masing-masing menolak dakwaan tersebut. Klise.
Namun pada Jumaat lalu Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin telah memuat luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram dan mengakui ianya adalah bersifat peribadi.

Bercakap kepada mStar online, pelakon berusia 28 tahun itu berkata paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada aktres itu sahaja.

Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis: Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. menerusi Instagram.


Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yang hampir serupa dengan Zain.

Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskan semuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita. 

Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.