Halaman

Jumaat, Disember 21, 2012

DALAM POLITIK ADA PELAKON, BOLEH BUAT ANUGERAH LA NANTI!!!


Wah!!! Tak sangka pulak dalam Politik ni ada pelakon ek. Kalau dah ramai sangat yang suka berlakon ni, boleh la buat industri baru.

Mana la tau. Kot - kot boleh jugak menguntungkan Pak Berahim. Dia pun memang suka dengan industri baru ni. Dulu, dia minat dengan industri Perlancongan.

Sampaikan dia buat cadangan untuk mewujudkan industri Perlancongan Pilihan Raya. Boleh jugak menjana pendapatan rakyat.

Tapi, kalau nak buat industri pelakon Politik ni, Pak Berahim kena kenal la siapa dia pelakon tu. Jangan pulak dia main serkap jarang je macam biasa. Nanti, yang malu diri sendiri jugak. Mana nak taruk muka Pak Berahim oi!!!
KOTA BELUD 21 Dis. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan "pelakon politik" lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. 
Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan kelangsungan politik semata-mata. 
"Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. 
Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemas di Kampung Piasau, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.