Semut malas nak cerita panjang - panjang. Kang kalau cerita kang, ramai pulak orang yang marah. Kata pulak blogger UMNO suka lucah.
Walhal, puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang suka sangat buat kerja tak senonoh. Masalah moral dikalangan diorang ni memang rendah.
Jadi, jangan pulak nak salah paku sedangkan dulang penuh dengan serpih. Jangan nak mengata orang kalau diri sendiri tu yang lebih. Sedar diri tu dulu sebelum nak cerita pasal orang!!!
IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.
Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.
Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.
“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.
“Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini. - SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.