Buat apa la diorang ni nak susah - susah bagi alasan yang bukan - bukan macam ni ek. Kalau dah takut tu, mengaku je. Habis cerita.
Tak payah la nak tuduh orang lain buat itu dan ini. Dan yang paling menghairankan, kenapa diorang nak tuduh MCA main isu perkauman?
Padahal, MCA tu berbangsa Cina. Yang dia cabar pun orang yang berbangsa Cina jugak. Jadi, macam mana pulak boleh jadi isu perkauman?
Kalau sebelum ini, Semut dah ceritakan mengenai isu yang timbul di Telemong, Bentong dimana Ketua DAPsy Bentong dicabar untuk bersumpah.
Sekiranya dakwaan yang dibuat sebelum ini berkaitan dengan program DAPigs yang ikut telunjuk PAS tu tidak benar, dia perlu membuktikannya.
Itu sebab MCA cabar DAPigs membuktikan perkara tersebut dengan mengangkat sumpah dalam upacara potong ayam. Itu pun cara mereka yang berbangsa Cina jugak.
Maka, kesimpulannya, DAPigs ni sendiri takut nak sahut cabaran MCA untuk mengakui Kebenaran. Itu hakikatnya. Tak timbul lansung pasal isu perkauman ni.
Apa yang jelas DAPigs ni serupa je macam puak - puak lain dalam Pakatan Pembangkang. Diorang ni takut nak menegakkan Kebenaran. Dah jadi Anti sangat dah.
Senang cerita, diorang ni jenis yang PENGECUT nak sahut cabaran orang lain. Jadi, macam mana diorang nak menang dalam PRU akan datang kalau itu pun diorang tak mampi nak buat!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
TEMERLOH: Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mendesak MCA berhenti meniru cara Umno dengan memainkan isu perkauman dan fitnah iaitu DAP diperkuda oleh PAS.Dalam sidang medianya di pejabat PAS Pahang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang berkata, MCA ternyata kehabisan modal politik walaupun terpaksa meniru Umno sehingga memecahbelahkan masyarakat Cina.Beliau mengulas satu isu majlis makan malam di Telemong, Bentong yang sudah tiga minggu dimainkan oleh MCA dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris.Majlis makan malam itu dianjurkan DAP Bentong pada 17 November lalu.Menurut Leong, seorang ahli DAP telah menaja majlis nyanyian dengan dua orang penyanyi dan pada masa itu Setiausaha PAS Kawasan Bentong Junaidi Ishak, hadir mewakili PAS.“Apa yang berlaku ialah penyanyi pertama telah mengambil masa yang lama sehingga 20 minit membuat persembahan. Oleh kerana banyak acara lagi selepas itu, penganjur telah membatalkan persembahan penyanyi kedua.“Akibatnya, seorang penyokong MCA yang hadir pada malam itu tidak puas hati lalu membuat cerita kononnya DAP tunduk kepada PAS kerana terpaksa membatalkan nyanyian berikutan kehadiran wakil PAS.“Cerita itu kemudiannya dispin oleh Ketua Kampung Baru Manchis dengan mengatakan DAP meletakkan kepentingan PAS melebihi masyarakat Cina,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.