Halaman

Ahad, Disember 30, 2012

MB PAHANG BIKIN PANAS REJIM PAKATAN!!!


Wah!!! Ini apa cerita pulak ni? Macam best je dengar cerita. Apa pulak yang MB Pahang dah buat sampai mampu memalukan Rejim Pakatan Selangor tu?

Cerita pasal isu air lagi ke? Bukan. Ini cerita pasal bantuan untuk rakyat. Bukan la cerita pasal air atau pun projek Langat 2 yang nak ditangguhkan oleh Si Khalid Gagap tu.

Baru - baru ni, Semut dengar cerita dari seorang kawan bila anak dia dapat anugerah pelajar cemerlang bagi peringkat UPSR dan PMR tahun 2012.


Anugerah tu disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang melalui Yayasan Pahang. Ramai jugak la perlajar yang dapat anugerah tu dari seluruh Bentong.

Terfikir jugak dalam kepala otak Semut. Kenapa pulak MB Pahang tu nak bagi sumbangan tersebut kepada budak - budak sekolah? Bukannya dapat faedah apa - apa pun.

Budak - budak sekolah tu pun bukannya boleh mengundi. Jadi, apa jadahnya diberikan sumbangan serta anugerah tu kepada mereka?


Inilah yang sebenarnya beza diantara Rejim Pakatan dengan Kerajaan Negeri Barisan Nasional. Kalau nak bagi bantuan ni, tak de kira siapa. Semua orang dia bagi.

Tak kira la sama ada orang tu mengundi BN atau pun tidak. Asalkan mereka layak, asalkan mereka berhak menerimanya, sumbangan tu tetap akan sampai.

Tak de la macam Rejim Pakatan Selangor tu. Diorang nak bagi sumbangan pun nak kena ikut bulu jugak. Nak kena tau sama ada orang tu mengundi diorang atau pun tidak.

Kiranya, kalau orang tu tak mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, maka orang tu tak layak nak dapat sumbangan. Tak layak nak dapat bantuan.

Macam tu ke rupa sebuah kepimpinan yang hendak dipilih memerintah Negara kita dimasa yang akan datang? Belum apa - apa, dah pandai pilih bulu.

Belum apa - apa lagi, dah pandai pilih kroni. Pun diorang masih ada hati nak tuduh orang lain mengamalkan kronisme dan memilih bulu? Ceit!!! Pigidah!!!

Jenis manusia macam ni memang tak layak lansung nak dipilih menjadi sebuah kerajaan sebab diorang tak bertanggungjawab. Jangan kata nak jadi kerajaan, nak jadi pemimpin pun diorang tak layak!!! Yang layaknya, diorang ni jadi sampah je!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.