Orang dah kata dah. Tak payah la diorang sibuk - sibuk nak buat penafian yang bukan - bukan. Setakat berani nafi je, buat apa. Tak mendatangkan faedah.
Sekarang, semuanya dah terdedah. Semuanya dah terbongkar dan semua orang dah tahu. Tu belum dapat tawan Putrajaya. Dah wujud penyelewengan.
Kalau dah dapat tawan Putrajaya nanti, entah apa pulak dia nak sebat. Baru dapat memerintah 10 bulan, dah dapat tanah balak.
Kalau memerintah 12 bulan? Setahun? Dua tahun? Entah apa pulak yang dia nak mintak. Jangan - jangan, negara ni pun sanggup dia gadaikannya.
Bukannya boleh percaya sangat dengan puak - puak ni. Bila isu dah jadi hangat, mula la diorang panas punggung. Habis semua orang nak disalahkannya.
Termasuk la Si Karpal Whilchar tu. Pun dia dituduh dengan dakwaan yang bukan - bukan. Lagi kita nak percaya dengan diorang ke? Kata telus konon. Ini Telus Kepala Tengkorak dia!!! Sendiri cari penyakit, sendir tanggung la sial!!!
IPOH 24 Dis. - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan penglibatannya dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan walaupun Pengerusi parti itu, Karpal Singh menganggap ia sesuatu yang serius.
Koo Ham menegaskan, cadangan supaya beliau dipanggil memberi penjelasan kepada CEC juga tidak sepatutnya timbul memandangkan isu berkenaan sudah dijelaskan kepada jawatankuasa tersebut melalui e-mel dua hari lalu.
E-mel itu katanya, turut dihantar kepada semua ahli CEC termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal sendiri.
"Karpal terlepas pandang kerana saya telah memberi penjelasan mengenai perkara itu melalui e-mel kepada seluruh ahli CEC termasuk beliau dua hari lalu. Mungkin beliau membuat kenyataan media (semalam) kerana belum membaca penjelasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Karpal semalam dilaporkan berkata, Koo Ham akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada CEC mengenai penglibatan beliau dalam sebuah syarikat yang terlibat dalam projek pembalakan di Kelantan.
Blog pisau.net sebelum ini mendakwa dua pemimpin kanan DAP negeri ditawarkan tanah bernilai lebih RM30 juta di Gua Musang, Kelantan sebagai syarat menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Pemberian tanah itu didakwa dilakukan dengan menggunakan modus operandi menubuhkan syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang kemudian dianugerahkan tanah tersebut sebelum hak milik syarikat berkenaan diambil alih oleh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming serta kroni DAP.
Selepas berteka-teki dalam isu tersebut, Koo Ham dan Kor Ming dalam satu sidang akhbar baru-baru ini mengakui mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.