Halaman

Rabu, Disember 26, 2012

TAK PUAS LAGI KE OSTAZAH PENING TU DIGOMOL???


La ish!!! Apa yang tak sedar diri sangat Si Ostazah Pening ni ye. Dia masih tak puas kena gomol ke? Dah penat dah orang tenyeh dia. Pun dia masih tak nak insaf?

Pun dia masih lagi nak mendabik dada dia yang besar tu dan mengatakan bahawa dia je yang pandai dalam bab agama? Apa, dia ingat orang lain semuanya bodoh belaka ke?

Haduyai. Tolong la. Sedar la diri tu sikit. Baru entah berapa bulan masuk 'Islam' tak payah la tunjuk pandai sangat. Tak payah la nak berlagak kata diri tu alim.

Kalau baru kenal 'Alif, Ba, Ta' tu, jangan la sibuk nak kata dia dah habis mengaji 100 kitab bab agama pulak. Sekarang, bila orang cerita buruk pasal dia, dah dia kata orang dengki. Walhal, dia je yang tak sedar diri!!!
SHAH ALAM: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam.

Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang.

Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam.

“Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya?

“Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah. Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan,” kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam.

Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah.

“Tapi bila dia menyertai sesuatu parti politik itu, dia pergi menghina kerajaan. Maknanya, dalam peruntukan undang-undang pun sudah jelaskan tak kira samada pembangkang ataupun kerajaan, kalau membuat apa-apa ceramah, tidak boleh melibatkan sensitiviti agama, kaum, dan juga tak boleh hina kerajaan,” tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu.

Islam juga tegas beliau menegah umatnya daripada mengutuk sesama Islam. Justeru, pelakon Sembilu Kasih ini menyeru mana-mana artis supaya tidak mengelirukan rakyat dan menghina sesama Islam di dalam membantu parti mereka.

4 ulasan:

  1. kalau sudi pautkan blog koi kat sini..
    http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Memang sah Ustazah tak bertauliah...hahaha

    BalasPadam
  3. Bila dah join PAS tak kan masih nak jadi aktor atau aktres lagi. Tak kan nak ambil upah menyanyi.

    BalasPadam
  4. Gambar macam sendiri ambil aja.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.